Sunday, 6 December 2015

CERPEN PELANGI SELEPAS HUJAN

Kilat sabung meyabung, guruh dilangit bergegak gempita. Hujan lebat turun membasahi bumi, selebat mana hujan itu, lebat lagi air mata Ainan yang mengalir. Ainan merupakan seorang gadis remaja yang berusia 17 tahun, kehidupannya daif dan mempunyai seorang ibu yang sedang sakit tenat dan dua lagi adik beradik yang masih kecil dan berusia 5 dan 7 tahun. Bapa Ainan telah meninggal dunia satu tahun yang lepas.
Sejak itu dia dan adik-adiknya dibesarkan oleh ibunya seorang dan kini ibunya sedang bertarung nyawa. Ibunya menghidap penyakit misteri selepas beberapa bulan kematian ayahnya dan tidak diketahui puncanya. Sudah habis ikhtiar saudaranya cuba membawa ibunya berubat namun masih tiada bertemu penawarnya.
Kedengaran sayup seisi rumah alunan  suara  membaca surah yasin, ibu Ainan kelihatan tenat dan nafasnya mulai perlahan serta tersekat- sekat. Ainan sedari tadi menangis tidak berhenti manakala adik-adiknya yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa hanya terpinga-pinga memandang Ainan yang kelihatan kelesuan dek kerana terlalu menangis.
Hujan lebat semakin mencurah-curah jatuh ke bumi. Seakan mengerti hibanya hati gadis manis itu. Beberapa ketika kemudian kelihatan Ibu Su, ibu saudara kepada Ainan bangun dan menghampiri sekujur tubuh yang terbaring itu dan mengangkat pergelangan tangan ibu Ainan seakan memeriksa sesuatu.
Terbit sebuah keluhan berat dibibirnya dan mengelengkan kepala memeberi isyarat kepadaseorang wanita dihadapannya yang dikenali sebagai Mak Wan, seorang wanita lewat 50-an yan merupakan jiran tertangga Ainan.
“Innalillahiwainahilairojiu’un..” terpancul lemah kalimat itu dari bibir wanita tua itu seiring dengan aliran air mata, namun pantas diseka. Seisi rumah yang mendengar kalimat itu menyambutnya. Ainan yang sudah tidak terdaya terus pengsan mendengar kalimat itu. Semua jira tertangga yang membacakan yasin dirumahnya tersentak di saat Ainan rebah.
“Su dan yang lain bawa Ainan ke biliknya, dia terlalu lemah, biar Mak Wan uruskan jenazah arwah Malehah ni.” Arah Mak wan kepada ibu Su. Semua yang ada bingkas bangun dan memulakan tugasan menguruskan jenazah. Oleh kerana malam semakin larut mereka bersetuju untuk mengkebumikan jenazah keesokan harinya, tambahan pula masih ada saudara yang belum tiba.
Semua penduduk berdekatan diberitahu mengenai perkhabaran ini.Hingga ke pagi tidak putus-putus jiran tertangga berkunjung menyedekahkan bacaan yasin kepada jenazah. Ainan yang pengsan dibiarkan berehat seketika. Ibu Su merenung anak saudaranya itu sambil mengusap kepalanya yang dilitupi tudung itu. Sesekali air matanya mengalir mengenangkan nasib mereka tiga beradik nanti. ‘semoga Allah lindungi kalian anak-anak ku’ bisik Ibu Su di dalam hati.


Keesokan harinya…
Jenazah Malehah selamat dikebumikan. Ibu Su memimpin Ainan dan adik-adiknya pulang kerumah. “Kak Ainan, kenapa orang tadi simpan ibu dalam tanah?” soal adiknya yang paling bongsu Hanis Melati. Ainan hanya diam seribu bahasa, sedari awal dia hanya diam tidak berkata-kata, setiap baris katanya hilang bersama perginya arwah ibunya. Ibu Su sebak dengan pertanyaan Hanis lalu cuba tersenyum manis kepada anak kecil itu sambil menjawab, “ Dah sampai waktu ibu Hanis berehat sayang. Nanti sampai waktu kita jumpa ibu ya.”
Bulat mata Hanis memandang Ibu Su, ternyata anak kecil itu tidak mengerti. Sampai masa dia akan mengerti juga engapa ibunya disimpan didalam sana. Semua yang hidup pasti akan menemui mati, itu perjanjian kita. Hazim adik Ainan yang seorang lagi turut membisu, mungkin dia sudah mengerti sedikit lagi pula usianya juga sudah berusia 7 tahun. Paling tidak dia tahu apa itu kematian.
Setibanya di rumah kelihatan sebuah kereta mewah berada di perkarangan rumah. Seorang wanita berusia lewat 50-an dan seorang lelaki berbadan sasa kelihatan berdiri angkuh di hadapan rumah usang itu. Wajah Ibu Su mulai berubah. Di kenal benar wajah wanita itu. Datin Kalsom ibu kepada Malehah. Sedari awal perkahwinanMalehah bersama bapa Ainan Amran tidak direstuinya, malah dia telah membuang Malehah dari keluarganya. Dia tidak merestui perkahwinan Malehah bersama Amran kerana Amran hanyalah kerani biasa dan bergaji kecil sedangkan dia berstatus ‘Datin’. Barangkali dia lupa, dia juga hamba Allah yang tetap sama darjatnya di sisi Allah dan yang membezakan seseorang hamba itu hanyalah amalannya.
“Assalamualaikum Datin, apa khabar?” Ibu su memberi salam sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman namun dibalas dengan relingan tajam. Tersentak jiwa Ibu Su dengan tindakan Datin Kalsom itu. Masih belum berubah rupanya orang tua ini. semoga Allah memberi hidayah kepadamu.
“Aku datang nak bawa cucu-cucu aku balik ke rumah aku.” Dengan angkuh wanita tua itu bersuara. Ainan yang tadinya hanya menunduk dia terus mengangkat wajahnya. Dengan mata yang masih berkaca, lalu terus bersuara dalam nada yang bergetar. “ Siapa cucu kau?” lantang Ainan bersuara. Terkesima semua yang ada di situ, gadis lemah lembut seperti Ainan bersuara lantang dan biadap terhadap neneknya sendiri.
Namun, semua itu bersebab, Ainan bukan gadis yang biadap. Masih dia ingat suatu ketika dahulu, bapanya terlantar sakit, di saat itu, ibunya kesempitan wang. Dia tahu, kisah silam ibu bapanya dengan neneknya itu, namun dia tidak punya daya lagi untuk bertahan, bapanya perlu dirawat segera. Barah yang dihidapi oleh bapanya semakin membesar dan perlukan pembedahan. Hanya neneknya itu yang mampu diharapkan kerana dia beharta dan memegang status Datin. Padafikirannya tidak mungkin di saat begini dendam neneknya masih menyala. Bapanya sedang sakit. Tidak mungkin tidak ada sekelumit pun rasa kasihan dalam diri wanita itu.
Berbekalkan tekad di dada, Ainan mengorak langkah menuju ke Banglo indah milik Datin Kalsom itu. Loceng pintu dibuyikan dan seorang pembantu rumah warga Indonesia muncul dimuka pintu. “ Ya non mau cari siapa ya? Dan non ini pula siapa?” Tanya pembantu rumah itu dalam dialek Indonesianya.
“Kak, boleh saya berjumpa dengan Datin Kalsom? Dia ada di rumah? Saya saudaranya.” Jawab Ainan lembut kepada pebantu rumah itu. Ternya wanita awal 20-an itu senang dengan tutr bicara gadis itu. Dia tersenyum dan mempelawa Ainan masuk ke dalam rumah. Sementara wanita itu memanggil Datin Kalsom,Ainan memerhati sekeliling rumah itu. Besar dan tesergam indah. Perhiasannya moden dan bertemakan Inggeris. Barangkali di import khas dari luar Negara dan bernilai ribuan ringgit.
Sedang Ainan leka memerhati keindahan reka bentuk rumah itu, Datin Kalsom melangkah angkuh dan mendekati Ainan. “ Cantik bukan?” sapa Datin Kalsom. Ainan yang sedang leka memerhati tiba-tiba tersentak dek kerana sapaan itu.
“Apa yang kau mahu?” soal Datin Kalsom menjegkelkan. Ainan memandang neneknya itu penuh debar. Mahu sahaja dia berlari keluar. Namun demi bapanya dia terpaksa menebalkan muka dan menghilangkan malunya di hadapan wanita angkuh itu.
“Nenek, ayah sakit, dan perlukan pembedahan segera, kami perlukan bantuan dari nenek, kos rawatan terlalu tinggi nek. Bantulah kami.” Dalam esak tangisnya Ainan merayu kepada Datin Kalsom. Tiba-tiba hilai tawa wanita itu bergema membuatkan Ainan sedikit kaget. Mengapa pula wanita itu ketawa sebegitu rupa.
“Padanlah dengan muka dia, biar dia mati. Heyyy… kau dengar sini baik-baik, buka telingga kau itu luas-luas, aku ini bukan sesiapa degan kalian semua, ibumu itu telah aku buang, jadi ayah kau juga tidak layak terima pertolongan dariku. SAMPAH!”
Herdikan dan hinaaan itu merobek hati Ainan. Dia silap dalam membuat perhintungan. Ternya wanita ini tidak punya hati dan perasaan. Barangkali hatinya telah mati. “ Aku mahu kamu BERAMBUS dari sini. JIJIK aku melihat kau ini. PERGI!!!”
Sunarti si pembantu rumah hanya melihat keangkuhan majikannya itu dengan penuh penyesalan. Tidak guna punya harta yang banyak tapi jika darah daging sendiri dibuang akibat hati itu mati kerana keangkuhan dan ketaksuban. Ainan melangkah lemah menuju kearah pintu utama untuk keluar dari rumah itu, tiada lagi inangan air atanya mengalir kerana hatinya telah hancur berkecai. Kebencin mula menyelubungi diri.
Hujan renyai mulai turun membasahi bumi. Tanpa perasaan Ainan melangkah keluar dengan jiwa yan berkecamuk. Sunarti berlari mengejar Ainan dalam renyai hujan. “Non!! Non!! Sebntar Non!” jerit Sunarti. Ainan berhenti dan berpaling ke arah Sunarti. “ Non, ini RM 500, ambillah buat belanja, walaupun ngak besar mana, sekurangnya bias membantu non dan keluarga untuk berbelanja.” Sunarti menghulurkan not lima puluh sebanyak 10 keping. Sungguh mulia hati pembantu rumah itu.
Dengan senyum yang hambar, Ainan menolak pemberian Sunarti. “ Tak mengapalah kak, saya tak mahu duit dari wanita angkuh itu. Biar kami sekeluarga kebuluran, tak akan sesekali kami minta bantuan lagi. Ainan punya maruah kak. Kakak sendiri dengar bukan?”
“Lorh, non, ini duit kakak saying, hasil kakak bekerja, iya memang dari Datin tapi inikan hasil titik peluh kakak, jadinya ianya punya kakak dong. Ambillah non kakak ikhlas.” Sunarti cuba memujuk. Ternyata hati gadis itu mudah terluka. Mendengar penjelasan itu, Ainan menymbut pemberian dari Sunarti itu.
“Ainan! Jauh mengelamun.” Sapa seseorang menghentikan lamunan Ainan. Baru dia sedar sudah jauh dia mengelamun hingga sudah lewat petang. Sejak dia mengusir neneknya tadi. Hatinya semakin berat memikirkan soal adik-adiknya malah dia juga bakal mengambil SPM tahun ini. “ Eh, abang  Izhar bila abang sampai?” lemah suara Ainan.
“ Baru saja. Eh tak baik tau anak dara mengelamun di tangga senja-senja begini. Aku datang nak jemput kau kerumah ada tahlil untuk arwah, ayah Man yang sanggup buatkan. Marilah lagi pun Ibu Su minta kau bermalam di rumah kami.” Jelas Izhar kepada Ainan. Izhar merupakan sepupu Ainan yang paling rapat. Beza usia mereka lima tahun, namun Izhar masih belajar dan kebetulan sedang bercuti.
“Kejap ya bang, Ainan bersiap dan siapkan adik-adik.” Ainan pantas bangun masuk kedalam rumah, sementara Izhar menunggu di luar rumah. Jauh disudut hati Izhar, dia sudah lama jatuh hati kepada Ainan. Namun disebabkan mereka masih belajar dia menyimpan hasratnya itu. Segalanya diserahkan kepada jodoh.
************************************
Selepas selesai kenduri tahlil malam itu, Ainan memanggil Ibu Su dan Ayah Mannya kedapur untuk berbincang sesuatu. “Ayah Man, Ibu Su, Ainan dah fikir masak-masak dan Ainan dah buat keputusan, Ainan nak serahkan Hanis dengan Hazim pada nenek. Semua ini demi kebaikan mereka. Mereka masih kecil dan masa depan mereka akan terjamin kalau tinggal dengan nenek.” Ayah Man dan Ibu Su terperanjat dengan keputusan Ainan.
“Ainan, Ayah Man faham apa yang Ainan cuba lakukan, tapi, Ainan yakin dengan keputusan Ainan? Bagaimana dengan Ainan?”
“Ainan minta izin ayah Man untuk tinggal di sini, dan Ainan berjanji akan bantu Ayah Man sekeluarga. Ainan tinggal sini bukan percuma. Ainan dah buat keputusan lepas SPM Ainan akan bekerja, soal belanja Ainan ke sekolah sementara waktu ini, Ainan harap ayah Man boleh pinjamkan. Nanti bila Ainan sudah bekerja Ainan bayar semua. Boleh kan ayah Man?”
Sebak hati ibu Su menengar kata-kata dari Ainan. Terlalu naïf gadis ini dalam kehidupan. Belum benar mengerti apa itu kehidupan. Menitis air matanya memandang gadis ini. apa hikmah di sebalik ujian yang melanda dirinya ini? Hanya Allah yang mengetahui.
“Ainan, kamu juga anak ayah Man begitu juga adik-adik kamu nak. Ayah Man mampu untuk biaya kamu dan adik-adik. Lagipula ayah Man taka da anak lain selaain Izhar. Ayah hanya menumpang kasih dari kamu. Tak perlu kamu bayar setiap satu sen yang ayah Man belanjakan. Jika kamu mahu adik-adik kamu boleh bersama tinggal di sini.”
“Tak perlu ayah Man. Biar adik-adik tinggal dengan nenek, mungkin di sana mereka boleh merasa kesenangan. Lagipula Ainan tak mahu susahkan ayah Man. Abang Izhar masih belajar dan perlu biaya yang banyak.”
“Jika itu kemahuan kamu, ayah Man turutkan sahaja. Bila kamu mahu hantar adik-adik kamu kerumah nenek kamu?”
“Esok.” Terbeliak mata sepasang suami isteri itu mendengarnya. Kubur Malehah masih merah, tetapi anak-anaknya bakal terpisah. Mereka tak mampu menghalang. Segalanya keputusan Ainan. Gadis itu tidak boleh dibangkang keputusannya. Hatinya mudah terluka. Biarlah. Mungkin itu yang terbik buat adik-adiknya.
1 Tahun Kemudian..
“Sunarti!! Sunarti!! Pekak ke aku panggil ni? Sunarti!!!” kedengaran tempikan suara Datin Kalsom dari arah ruang tamu. Sunarti yang sedang menbersihkan tandas terkocoh kocoh berlari mendapatkan majikannya yang seakan kerasukan itu. Hamper saja dia tergelincir.
“Ya nyonya, ada apa?” terketar ketar suara Sunarti ketakutan.
“Kemana saja kau Sunarti???” herdik Datin Kalsom sambil menjegilkan matanya.
“Saya sedang bersihkan bilik air nyonya.” Sunarti menikus samba menjawab.
“Ini, budak comot dua orang ni. Kenapa biar mereka duduk di sini? Berikan mereka pekerjaan. Jangan ingat tinggal di sini boleh bersenang lenang ya. Bawak mereka pergi. Jijik aku melihatnya.” Ternyata apa yang diharapkan Ainan tidak seumpamanya. Anak-anak kecil itu didera oleh neneknya. Sunarti mengheret keduanya menuju keruang dapur. Hati kecilnya terlalu sayu. Dia perlu lakukan sesuatu. Sudah tiba masanya Ainan tahun kondisi sebenar adik-adiknya itu. Tak sanggup lagi dia melihat penderitaan anak-anak kecil itu.
Tidur beralaskan tikar di bilik simpanan barang. Makan nasi tidak berlauk, baju compang-camping seperti peminta sedekah. Kadangkala secara sembunyi Sunarti berikan lauk kepada anak-anak kecil itu. Dalam sembunyi juga Sunarti belikan bantal dan tilam nipis untuk dibuat alas tidur anak-anak itu. Mereka masih terlalu mentah untuk mengenal perit kehidupan. Seharusnya usia seperti mereka berada disekolah dan behibur bersama kawan-kawan. Bukan menderita di rumah besar yang didiami oleh seorang wanita gila seperti Datin Kalsom.
                          ************************************
Mata sunarti meliar memandang seluruh rumah. Dia yakin Datin Kalsom sudah keluar. Inilah masanya yang sesuai. Tidak sanggup lagi dia biarkan anak-anak kecil itu menderita. Setelah menidurkan anak-anak kecil itu dia segera keluar menuju ke rumah ibu dan bapa saudara Ainan yang terletak lebih 30 kilometer dari rumah bangle itu.
Satu kebetulan, setibanya Sunarti di rumah itu mereka sekeluarga dan Ainan sedang menikmati minum petang di luar rumah.
“Ainan, itu bukan Sunarti?” Ibu Su yang sedar akan kehadiran Sunarti memberitahu Ainan. Hati Ainan mulai resah, dia tahu ini pasti ada perkhabaran buruk dari Sunarti mengenai adik-adiknya. Jangkaaan Ainan tepat apabila Sunarti  tiba sahaja dia terus menceritakan segalanya kepada Ainan. Mengalir lesu air mata Ainan mendengar perkhabaran itu. Tidak disangka insan yang dia harapkan untuk menjamin masa hadapannya rupanya telah memusnahkan harapannya.
Malam itu, Ainan bersama ayah Man dan Ibu Su ke rumah Datin Kalsom untuk menuntut kembali hak penjagaan Hanis dan Hazim. Anak-anak kecil itu perlukan kasih sayang bukan dilayan bagai seorang hamba seperti mana zaman jahiliah. Tidak menyangka di zaman serba moden ini ada lagi insan yang mempunyai hati yang terlalu busuk hingga sanggup menyakiti darah dagingnya sendiri.
Selepas berlaku pertengkaran kecil di antara Ainan dan Datin Kalsom, akhirnya Ainan berjaya membawa pulang adik-adiknya. Runtun hati seorang kakak melihat kedaifan adiknya. Tubuh mereka semakin susut dan comot. Mengalir air mata Ainan melihatkan keadaan adik adiknya itu. “Adik, maafkan kak Ainan. Kakak gagal jadi kakak yang baik untuk kamu berdua. Tidak sepatutnya kakak lepaskan kamu dari jagaan kakak. Maafkan kakak sayang.” Rintih Ainan sambil mengucup dahi kedua-dua adiknya yang sedang melayari lena.
Wajah comel itu ditatap penuh hiba. Itula harta yang ditinggalkan oleh orang tuanya, dan selama satu tahun dia telah memprsiakan hidup adik-adiknya itu. Kali ini dia nekad, dia akan bekorban untuk adik-adiknya. Keputusan telah pun dibuat sebulatnya.
                          ************************************
Selepas menidurkan adik-adiknya, Ainan melangkah ke ruang tamu. Ayah Man dan ibu Su sedang leka menonton telivisyen. Ainan yakin, nilah masa yang sesuai untuk menyatakan hasratnya. Dia melabuhkan punggungnya keatas kerusi berhadapan dengan ayah Man. Ayah Man yang melihat perilaku aneh Ainan itu merasakan ada sesuatu yang ingin dinyatakan oleh gadis muda itu. Namun dia hanya menunggu setiap butir bicara dari Ainan.
“Ayah Man, ibu, Ainan ada pekara yang igin dibincangkan. Ini soal masa hadapan Ainan dan adik-adik. Ainan yakin dengan keputusan Ainan kali ini.” Ayah Man tidak memeberi sebarang isyarat dia hanya menunggu tutur kata yang seterusnya oleh anak gadisnya itu.
“Ainan dah fikir sehabis fikir ayah, Ainan terima pinangan En.Haris.” terlopong ayah Man mendengar keputusan gadis itu. Tidak mungkin gadis semuda itu sanggup menerima pinangan lelaki yang dua puluh tahun lebih tua darinya. Ibu Su diam seribu bahasa. Dia hanya mengikut jikaitu yang terbaik.
“Ainan dah fikir ke nak? Bukan mudah Ainan, En. Haris tu tua dua puluh tahun dari Ainan dan dia juga seorang duda. Apa Ainan tak mahu menerima tawaran sambung belajar di London itu? Jika Ainan mahu, ayah boleh jagakan adik-adik dan biaya Ainan di sana.” Pujuk ayah Man. Bukan dia menghalang, tetapi sebenarnya dia tidak mahu gadis itu mensia-siakan usia mudanya. Seharusnya dia belajar dan memiliki apa yang dia mahu.
“Ainan dah fikir ayah Man. Ainan tak mahu susahkan ayah lagi. Biar suami Aianan yang menjaga Ainan dan adik-adik. Soal belajar, mungkin tiada rezeki Ainan untuk terus belajar.” Kata-kata Ainan itu bererti dia telah membuat keputusan muktamad. Ayah Man hanya turutkan sahaja dan berdoa semoga gadis itu bahagia bersama suaminya kelak.

Di hari pernikahan..(3 bulan Kemudian)
Berwalikan hakim dan bersaksikan 3 orang lagi waris, Ainan sah menjadi isteri kepada Muhammad Haris Khairullah, yang dahulunya seorang duda anak seorang. Isterinya yang dahuu meninggal selepas melahirkan anaknya yang sulung. Selama 10 tahun menduda akhirnya dengan izin Allah dia di ijab kabulkan dengan gadis manis Hanifah Ainanurina. Seawal usia 18 tahun begelar seorang isteri pastinya satu pekara baru bagi Ainan, namun dia bertekad cuba untuk menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya.
Disebalik bahagia seorang lelaki yang memiliki Ainan, ada derita yang tersembunyi di hati seorang lelaki. Izhar Hakimi melangkah longlai menyelusuri pasir pantai. Matahari yang hampir terbenam di ufuk barat ibarat hatinya yang juga terbenam dalam arus kehampaan. Bertahun lamanya dia memahat kasihnya kepada Ainan namun akhirnya gadis dambaannya itu menjadi milik orang.
Izhar membuangkan pandangannya jauh keseberang laut. Seakan terlihat wajah Ainan diseberang sana. Tanpa disedari air matanya mengalir. Mengalir lesu ibarat obak yang memukul badai kala angina tak mampu bertiup kencang. Segalanya sudah berlaku. Dan Ainan juga sudah selamat di ijab kabulkan. Harapannya musnah, hatinya hancur berkecai ibarat kaca terhempas ke batu. Dia redha, mungkin Ainan bukan jodonya.
                          ************************************
Malam sudah melabuhkan tirainya. Ainan bermenung dibirai katil. Haris hanya tersenyum memandang Ainan, dia tahu, gadis itu menerimanya demi masa hadapan dia dan adik-adiknya. Sebenarnya Haris juga hanya ingin membantu Ainan. Dia juga tidak tergamak untuk memaksa Ainan menjadi isteri yang sebenar-benar isteri untuknya.
Ainan menyeka air matanya apabila menyedari Haris menghampirinya. Haris melabuhkan punggungnya disebelah Ainan. Ternyata Ainan seakan tidak selesa. “Ainan, usahlah Ainan risau, abang menikahi Ainan hanya untuk membantu Ainan dan adik-adik. Ainan tak perlu jadi seperti isteri yang lain. Cuma abang harap Ainan setuju dengan syarat abang.”
Terpempan Ainan mendengar pernyataan lelaki itu. Ternyata lelaki itu lebih baik dari apa yang disangka. Tanpa berkata apa-apa Ainan hanya mengangguk. Haris tersenyum melihat Ainan sebelum dia meneruskan kata-kata. “Abang dah uruskan semua urusan perjalanan Ainan untuk sambung belajar ke London. Hujung bulan depan Ainan akan berangkat ke sana. Pergilah, abang izinkan, capailah apa yang Ainan mahu dalam hidup Ainan.”
Sekali lagi Ainan terpana, kali ini tak dapat lagi dia membendung Air matanya, dibiarkan terus mengalir. Dicapainya tangan Haris dan diciumnya penuh hormat dan penuh rasa syukur. Semoga Allah membalas kebaikan lelaki dihadapnnya ini yang telah sah menjadi suaminya.
“Adik-adik?” soal Ainan dengan nada suara yang serak. Haris terus tersenyum. Sesekali kelihatan segak dan manis. Masih muda wajah lelaki ini, tidaklah terlalu tua dan masih segak. Sebenarnya ramai gadis-gadis yang mengejar untuk menjadi isterinya namun dia tahu mereka hanya mahukan hartanya bukan ikhlas menjadi isterinya.
“Abang akan jaga mereka dengan sempurna sepertimana abang jaga anak abang. Secara sahnya mereka juga telah menjadi adik-adik abang. Usahlah Ainan bimbang. Ainan pergilah, kejar apa yang Ainan mahu. Suatu waktu andai jodoh ini masih kukuh abang yakin Ainan akan menjadi isteri abang yang sebenar-benar isteri. Abang tunggu Ainan pulang.”
Begetar jantung Ainan mendengar ucapan dari suaminya itu. Mulia sungguh hati dia, budinya tak mampu dibalas. Ainan berjanji tidak akan mensia-siakan peluang yang diberkan. “Terima kasih.” Hanya itu yang mampu terungkap. Namun jauh disudut hatinya dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik seperti itu. ‘Syukur Ya Allah’ desis hati Ainan.

5 Tahun kemudian
            “Hazim, Hanis, Aqilah, cepat siap, kita nak ambil kak Ainan di lapangan terbang. Nanti terlewat pula. Apa lagi yang kamu bertiga buat tu?” jerit Haris dari arah luar rumah. Semenjak keberangkatan Ainan ke London 5 tahun yang lepas, Haris mengalas sepenuh tanggungjawab menjaga adik-adik Ainan. Aqilah anak sulungnya juga mesra dengan dua beradik itu, memandangkan Aqilah lebih tua daripada mereka, kelihatan seperti Aqilah memegang peranan sebagai seorang kakak. Kini usia akilah sudah pun 15 tahun, Hazim 13 tahun dan Hanis 12 tahun. Mereka membesar dengan penuh kasih sayang dan didikan yang cukup diberikan oleh Haris.
            Adakalanya Haris menghantar mereka kerumah ayah Man dan Ibu Su untuk meghilangkan rindu anak-anak itu. Dan ada ketikanya Haris akan membawa mereka melawat Ainan di London apabila musim cuti sekolah bermula.
            Setelah semua persiapan siap, Haris memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah. Bibirnya sedari tadi mengukirkan senyuman manis. Walau usianya sudah masuk 40-an namun dia tetap kelihatan muda dan segak. Tiga anak-anak itu riang bernyanyi terutama Hazim dan Hanis, mereka terlalu merindui kakak mereka. Begitu juga dengan Aqilah yang sangat mesra dengan Ainan. Jika mereka ke London bertemu Ainan, anak daranya itu pasti mengadukan banyak hal kepada Ainan. Ainan pula tidak lokek dengan senyuman dan rajin melayan anaknya itu.
            Setibanya di KLIA kelihatan sesusuk tubuh yang amat dikenali sudah berada diperkarangan luar lapangan. Wajah mulus itu tersenyum manis melihat kereta miik Haris berhenti dihadapannya. Terpancar riak kegembiraan diwajah mereka. Hanis, Hazim dan Aqilah terus meluru keluar mendapatkan Ainan. Gembira bukan kepalang lagi melihat Ainan. Ainan menyalami Haris dan menghadiahkan senyuman manis buat Haris. Tangan Haris terus mencapai perut Ainan yang semakin memboyot.”Anak ayah sihat? Terima kasih teman mama dalam kapal terbang.” Ainan tersenyum melihat gelagat suaminya itu.
            Sebenarnya hubungan mereka mulai intim selepas Ainan mulai sedar bahawa, dia seorang isteri dan wajib untuknya mentaati suaminya. Bulan dan bintang akan terus beroa untuk seorang isteri selama mana isteri itu taat akan suaminya. Kata-kata itu menyedarkan Ainan bahawa biarpun mengejar impian, tanggungjawab sebgai seorang isteri perlu dilaksanakan. Ternyata kebahagiaan milik mereka.
            Izhar telah bertemu jodoh dengan Zhulaikha, teman kampusnya dan telah melangsungkan perkahwinan selepas satu tahun pernikahan Ainan dan Haris, dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata kembar Farisya Alya dan Farish Aiman. Kini mereka sekeluarga telah menetap di Singapura kerana Izhar mendapat tawaran bekerja di sana sebagai duta Malaysia di  Jabatan Imigresen.
            Datin Kalsom telah meninggal dunia akibat strok. Kematiaannya hanya disedari selepas 3 hari meniggal seorang diri kerana Sunarti pulang bercuti. Setibanya Sunarti dirumah bangle itu dia mendapati ada bau busuk yang menusuk ke hidungnya. Rupanya mayat Datin Kalsom telah mulai membusuk. Mungkin juga itu Kifarah Allah kepadanya. Semoga dia damai di alam sana. Amin…

TAMAT