Bunyi
derapan kaki jelas kedengaran. Setiap langkah bergema. Alisya yang sedang leka
mengulang kaji pelajaran mulai berdebar mendengarnya. Dalam hatinya mulai
bimbang. Malam itu hanya tinggal dia yang masih menginap di aras asramanya itu.
Oleh kerana dia masih mempunyai satu peperiksaan lagi dia tetap akurdan cuba
memberanikan diri iuntuk tinggal sendiri, manakala rakan sebiliknya telah pun
pulang ke kampung petang tadi. Hujan renyai diluar kedengaran sayup-sayup
menambahkan lagi suasana seram malam itu.
Semakin
lama bunyi derapan itu semakin kuat dan seakan menghampiri biliknya. Jam
menunjukkan jam 12 tengah malam. Alisya cuba menenangkan dirinya. Walaupun
hakikatnya dia sudah merasa cemas. Matanya meliar melihat disekelilingnya dan
matanya terhenti kearah pintunya. Tombol pintunya seakan sedang dipulas oleh
seseorang. Peluhnya mula memercik keluar. Badannya mula rasa seram sejuk.
Alisya
semakin takut. Ruang bilik yang sempit itu tidak mampu melarikannya ke
mana-mana. ‘ Ya Allah lindungilah aku.’ Desis hati Alisya. Pintu biliknya
terbuka perlahan-lahan dan seseorang memasuki biliknya dengan berpakaian serba
hitam. “Tidak! Tidak mungkin, tolonglah! Bukan aku! Bukan aku! Pergiiii! Jangan
ganggu aku!
Air
mata Alisya merembes keluar, peluhnya semakin membasahi wajah. Dia berdiri
lemah di hadapan seseorang yang berbaju hitam itu. Tubuhnya seakan seorang
lelaki. Dia menegenakan jaket kulit hitam, seluar jeans hitam, bertopeng dan
juga bersarung tangan hitam. Ditangannya kelihatan dia sedang memegang sebilah
pisau. Nampaknya lelaki ini ingin membunuh Alisya.
Langkah
lelaki itu semakin menghampiri Alisya. Alisya yang ketakutan berundur selangkah
demi selangkah. Mukanya pucat seakan tiada berdarah. Peluh-peluh sejuk semakin
membasahi mukanya. Matanya terkebil-kebil. Dia tahu, dia tidak boleh lari lagi.
Mungkin ajalanya sudah tiba. Dadanya semakin sesak. Tuhan sahaja yang tahu
betapa takutya dia saat itu.
“Tolonglah
jangan apa-apakan aku, aku tidak bersalah. Bukan aku! Bukan aku! Alisya sudah
mula merayu tangisannya bergema. Dia kini sedang brhadapan dengan maut. Maut
sedang menanti dia. ‘Oh Tuhan..’ hanya itu desis hatinya ketika itu.
6 Bulan yang lepas…..
“Alisya!!
Sini!” Jerit Amirah dari hjung jalan sana. Amirah merupakan seorang gadis yang
cantik dan menjadi kegilaan ramai lelaki. Ramai gadis-gadis yang sebaya dan
sekelas dengannya mencemburui dia. Namun gadis ini seorang yang lemah lembut
dan tidak sombong dan dia juga merupakan teman baik kepada Alisya.
Alisya
terus menuju kearah Amirah sambil tersenyum simpul. Mereka sudah berjanji
untukpergi makan bersama petang itu selepas habis kelas. Setelah mendapatkan
Amirah mereka berjalan beriringan menuju ke sebuah restoran berdekatan dengan
kolej mereka. Sedang mereka sedang mengoder pesanan tiba-tiba seorang lelaki
datang menegur Amirah. Zaidi Heris. Siapa yang tidak kenal jejaka ini. rebutan
gadis-gadis di universiti tersebut. Terkenal dengan kekacakkannya hingga
membuatkan semua gadis tergila-gilakannya.
“Hai
Amirah. How are you today?” sapa
Zaidi Heris kepada Amirah. Mata Alisya tertancap kepada Zaidi yang duduk
berhadapan dengannya.Amirah hanya membuat muka toya. Dia sudah kenal benar
dengan sikap Zaidi yang kaki perempuan itu. Dia tidak akan sesekali melayan
Zaidi. Padanya Zaidi tidak layak untuk dirinya. “Apa yang kau mahu Zaidi?”
soala Amirah menyampah. Zaidi hanya tersenyum sinis. Dia memerhati gadis itu
dari atas ke bawah. Amirah memalingkan mukanya. Tidak hinggin untuk melihat
lelaki itu dihadapannya.
“Janganlah
garang sangat Amirah. Aku Cuma nak ajak kau keluar esok malam.” Aidi cuba
mengoda Amirah. “What? Keluar? Dari
keluar dengan kau lebih baik aku keluar dengan Monyet lah. Dasar lelaki buaya
darat. Selayaknya kau ini diberi makan dek buaya.” Amirah memegang tangan
Alisya lalu terus membawanya berlalu pergi. Alisya terpinga-pinga melihat
karaktor Amirah yang terlalu lain hari ini. tidak disangka wanita sesopan
Amirah bias berkelakuan ganjil seperti itu.
Zaidi
Heris hanya memrhati Amirah berlalu pergi. Dia menguntumkan senyuman yang
sinis. “Taka apa Amirah. Kau sombong kau belum kenal siapa aku.” Kata-kata itu
memberi seribu satu erti. Entah apa yang ada dalam fikiran Zaidi ketika itu.
‘*****************************************************************
“Amirah,whats going on with you?. Tak pernah pun kau mengamuk sampai macam tu
sekali.” Soal Alisya yang semakin bingung melihat Amirah yang seakan kerasukan.
Wajahnya berbah ketat dan kelat. Seperti ada sesuatu yang bertandang dalam
fikirannya. Dia merenung Alisya tajam. “Kau tahu mana Izati?” Amirah
bertanyakan kepada Alisya. Wajah Alisya pula berubah. “ Izati kan dah….” Belum
pun sempat Alisya menghabiskan ayatnya Amirah memintas kata-kata itu. “ DAH
MATI?” Alisya tersentak dengan herdikan Amirah.
“Semua
orang tahu Izati dah mati, tapi taka da siapa tahu kenapa Izati mati.”
Terbeliak biji mata Alisya mendengarnya. “Mirah, Izati mati sebab bunuh diri
Mirah. Terima la hakikat. Bukankah kita sama-sama tengok mayat Izati tergantung
di kipas dulu? Apa kau lupa?” Alisya seakan tidak puas hati.
Tiba-tiba
Amirah ketawa berdekah-dekah dan terdiam. Tiba-tiba air matanya mengalir deras.
Bibirnya terketar-ketar menahan sebak. “ Ya, kita semua lihat Izati mati bunuh
diri. Tapi kau pasti dia bunuh diri?” soal Amirah kepada Alisya. Alisya hanya
terdiam , matanya membutang memandang kearah Amirah. Menanti cerita seterusnya.
“Izati memang mati gantung diri pda zahirnya, tetapi pada aku, Izati mati
dibunuh!” sekali lagi Alisya terperanjat mendengar penjelasan Amirah. “ Apa kau
merepek ni Amirah?” soal Alisya.
Sekali
lagi Amirah merenung Alisya tajam. “ Izati mati DIBUNUH!, Zaidi yang bunuh dia.
Malam sebelum Izati ditemui gantung diri dalam bilik tu, dia jumpa aku. Dia
menangis ceritakan segalanya pada aku. Izati sebenarnya hamil. Hamil anak
Zaidi. Tetapi bila Izati minta Zaidi bertanggungjawab dia enggan. Katanya anak
itu bukan milik dia. Izati tertekan dan kerana itu Izati bunuh diri. Jika Zaidi
mahu bertanggungjawab perkara seperti ini tak mungkin berlaku Sya. Tak mungkin!
Zaidi Pembunuh!”
Alisya
menangis semahu-mahunya. Izati adalah kembar Amirah. Mereka merupakan anak
yatim piatu dan dibesarkan dirumah kebajikan masyarakat. Takdir menentukan
mereka berpisah dalam keadaan sedemikian. Izati pergi meninggalkannya di saat
usia mereka masih mentah. Ibu bapa mereka pergi meninggalkan mereka ketika
mereka berusia 3 tahun. Amirah terlalui merindui adik kembarnya itu. Alisya
tergamam melihat keadaan Amirah. Kini baru dia mengerti mengapa Amirah terlalu
bencikan Zaidi. Tetapi apa yang menjadi tanda Tanya mengapa Amirah tidak
melaporkannya kepada pihak polis? Dan mengapa keputusan bedah siasat tidak
menyatakan mengenai kehamilan Izati? Alisya termenung seketika.
“Aku
tahu apa kau fikir Sya. Mesti kau tertanya-tanya kenapa pihak polis tak
nyatakan pasal kehamilan Izati kan?” Amirah memandang Alisya yang sedang
termenung seketika. Alisya sedikit kaget. ‘Bagai ada kuasa sakti pula perempuan
sorang ini. boleh baca fikiran orang.’ “Kau fikir Zaidi itu siapa? Dia kaya dan
bapanya seorang ahli korporat. Apa kau fikir mereka mahu nama baik mereka
terjejas? Bapa Zaidi dah uruskan segalanya dan bukti kehamilan serta pemilik
DNA janin yang dikandungkan Izati sudah dihapuskan. Mesti kau tertanya macam
mana aku tahu semua kan? Allah itu maha kaya Sya. Rahsia tak pernah kekal
sebagai rahsia.” Kata-kata Amirah itu penuh dengan makna tersurat.
Alisya
sekali lagi tergamam dengan cerita Amirah. “Sudahlah Alisya kau tak perlu fikir
banyak. Sekarang jom kita balik asrama.” Amirah memaniskan wajah dan terus
mengajak Alisya pulang ke asrama mereka memandangkan hari pun sudah hampir
senja. Gema ayat-ayat suci sudah mulai kedengaran sayup-sayup dari masjid yang
berhampiran dengan mereka.
****************************************************************
Amirah
duduk berteleku di atas sejadah. Fikirannya masih terbayangkan saat ngeri mayat
Izati dijumpai di dalam bilknya di asrama berkenaan. Masih dia ingat sendu
sedan Izati yang datang kepadanya menceritakan perihal Zaidi yang serupa
binatang itu. Amirah mengetap bibirnya. Dia bangun dan menuju kearah sebuah
kotak yang berada di bawah meja belajarnya. Dibukanya kotak. Terdapat sebuah
pita rakaman bewarna hitam. Dia meletakkan pita tersebut di atas meja dan
membuka telekungnya. Selepas itu dia duduk dikerusi belajarnya sambil memegang pita
tersebut.
Amira
membuka pula lacinya, dikeluarkan alat pemain pita rakaman tersebut. Diletakkan
pita tersebut ke dalam alat pemain tersebut dan menutupnya lalu menekan punat play. “Dato Ibrahim, pihak kami
mendapati ujian DNA keatas janin tersebut sama dengan anak Dato, Zaidi dan
memang sah gadis ini membeunuh diri kerana hal ini.” kedengaran satu suara
garau memberitahu mengenai hal tersebut kepada Dato Ibrahim. “ Hapuskan bukti
tersebut. Saya akan bayar berapa sahaja yang kamu mahu, asalkan tidak ada
sesiapa tahu mengenai hal ini terutama pihak media. Jika sampai ada yang tahu
kamu orang pertama yang saya cari.” Suara Dato Ibrahim bapa kepada Zaidi begitu
keras sekali memberi amaran kepada doctor yang menjalankan bedah siasat ke atas
mayat Izati.
Amirah
yang sudah lama mengekori langkah Dato Ibrahim sempat merakamkan perbuaan
tersebut. Sudah dia jangka pasti perkara ini yang akan berlaku. Belum tiba masanya lagi untuk
membalas dendam. Selepas berjaya merakamkan perbualan tersebut Amirah bingkas
beredar dari hospital tersebut.
Lamunan
Amirah terhenti apabila terdengar bunyi pintu biliknya dibuka. Yasmin rakan
sebiliknya baru sahaja pulang. Amirah cepat-cepat menyimpan pita rakaman tersebut.
Rakaman tersebut adalah bukti untuk dakwaannya nanti. Jika ada yang
mengambilnya pasti susah untuk dia menntut keadilan terhadap kematian adik
kembarnya itu.
Yasmin
memandang Amirah dengan wajah yang cemberut. Aneh gadis itu mala mini. Biarpun
sudah lama tinggal satu bilik bersama Yasmin. Namun Amirah tidak pernah tahu
mengenai Yasmin secara terperinci kerana gadis itu seringkali tiada di bilik
dan selalu pulang lewat malam. Entah kemana dia pergi tidak pernah pula Amirah
ambil pusing. Lagi pula Yasmin tidak selalu benar bertegur dengannya.
Amirah
megambil keputusan untuk masuk tidur. Lagipula perutnya terasa lapar dek kerana
tidak sempat makan apa-apa petang tadi. Semuanya gara-gara Zaidi yang datang
mematahkan seleranya. Amirah cuba melelapkan matanya sementara Yasmin telahpun
keluar semula untuk mandi.
******************************************************************
Pagi
itu awal-awal lagi Yasmin sudah hilang dari bilik. Amirah sedikit gelabah
kerana pita rakamannya sudah pun hilang. Tidak mungkin dia salah letak. Hendak
dituduh Yasmin, untuk apa pula dia mahu mengambilnya lagi pula ianya tiada
kaitan dengan dirinya. Wajah Amirah sudah berpeluh. Itulah sahaja bukti yang
dia ada. Dia bingung memikirkannya. Lama dia termenung memikirkan pita rakaman
tersebut. Jika pita tersebut jatuh ke tangan orang yang salah pasti nyawanya
juga dalam bahaya.
Amirah
bergegas ke kelas. Akibat terlalu memikirkan perihal pita tersebut dia sampai
terlewat ke kelas. Mujur sahaja setibanya dia di kelas pensyarahnya masih belum
masuk. Zaidi yang berada dibelakang Amirah memanggilnya. Dengan muka menyampah
Amirah memalingkan mukanya ke belakang. “ Kau nak apa Zaidi?” soal Amirah
dengan nada yang sinis. “ Eh, kau janganlah sombong sangat Amirah. Malam ni jam
8.00 malam aku datang ambil kau di Asrama. Kalau kau tak turun, aku masuk
asrama kau. Ok?” Zaidi menyatakan hasratnya sambil ketawa bersama
rakan-rakannya. “ Jadi kau ugut aku?” Amirah menjeling Zaidi. “Terserah kau
rasakan ia satu ugutan atau kau memang mahu ditangkap bersama aku mala mini
jika kau tidak turun.” Amirah mengetap bibir mendengar kata-kata Zaidi. Memang
lelaki ini gila.
****************************************************************
Tepat
jam 8.00 kereta Honda City bewarna hitam sudah terparkir di hadapan Asrama
Amirah. Dia hanya mengelengkan kepala melihat lelaki yang dibencinya itu
tersenyum memandangnya sambil membukakan pintu kereta untuknya. “Silakan masuk
tuan puteri.” Manis tutur bicara itu terungkap. Amirah hanya mencebirkan
bibirnya. Dia malas melayan lelaki buaya darat itu.
Dalam
perjalanan itu, hanya musik yang menceriakan suasana. Masing-masing hanya
mendiamkan diri. Setelah setengah jam kereta yang dipandu oleh Zaidi itu
akhirnya masuk satu selekoh jalan yang amat asing bagi Amirah. Jalannya gelap
dan tiada satu pun kereta yang berselisih dengan mereka. Amirah mula merasai
aneh dan seakan dapat mengagak bahawa Zaidi punya niat yang tidak baik
terhadapnya. Namun Amirah masih berlagak tenang. Zaidi yang sedari tadi
tersenyum simpul akhirnya bersuara. “Mirah, jangan berlagak tenang lah, aku
tahu kau dah tahu.” Amirah memandang wajah Zaidi dengan wajah yang berkerut.
Zaidi tersenyum sinis memandang Amirah. Keretanya serta merta diberhentikan.
Amirah
sudah mulai cemas. Apa pula yang bakal terjadi mala mini. Dia terus memaki haun
dirinya dari dalam hati. Memang bodoh mengikut kehendak lelaki ini. bukankah
dia tahu lelaki ini penyebab kematian adik kembarnya, mengapa pula dia yang
mencari nahas. ‘Kau memang bodoh Amirah!’ herdik dirinya sendiri. Zaidi betindak
agresif keatas Amirah dia mendekatkan dirinya dan memegang tangan Amirah.
Amirah Cuba melawan dan meronta. Saat itu dia sudah menagis semahu mahunya, dia
dia menyalahkan dirinya sendiri. Kini dia sudah menjadi mangsa kerakusan
manusia bertopengkan manusia ini.
Setelah
puas Zaidi meratah tubuh Amirah. Dia ketawa berdekah-dekah melihat Amirah yang
terkulai ditempat duduk penumpang itu. Amirah menangis semahunya. “Lain kali
jangan kau nak pandai-pandai ganggu harimau yang sedang tidur Amirah. Kan kau
dah rasa.” Sindir Zaidi. “Apa maksud kau syaitan!!” Amirah menghamburkan
marahnya terhadap Zaidi. Zaidi membuka laci keretanya dan melemparkan satu pita
rakaman kepada Amirah. Itu pita rakaman yang hilang pagi tadi. Bagaimana pula
boleh berada dalam tangan Zaidi.
“Mengapa?
Kau terkejut? Yasmin tu girlfriend
aku la bodoh! Dia dengar waktu kau mainkannya semalam. Dan dia yang curi dari
dalam lci kau. Kenapa kau terlalu bodoh Amirah?” berdekah-dekah Zaidi
mentertawakannya. Amirah semakin berang. Dia bangun dan cuba untuk melawan
Zaidi. Namun tenaga lelaki itu lebih kuat. Zaidi menolak Amirah dan kepalanya
terhempap ke pintu kereta. “ Jantan sial! Aku akan pastikan kau takkan terlepas
dari hukuman!” Amirah masih mahu melawan. Zaidi yang seakan hilang pertimbangan
mencekik leher Amirah. Tidak lama kemudian Amirah terkulai tidak bernyawa lagi.
Zaidi semakin panik. Dia telah membunuh orang, seandainya pihak polis tahu
pasti dia akan dikenakan hukuman mandatori kanun keseksaan seksyen 302 gantung
samapai mati.
Zaidi
memecut laju keretanya. Amirah di
sisinya tidak bernyawa lagi. Akhirnya dia sampai disebuah tanah perkuburan
lama. Zaidi mencepung tubuh Amirah yang sudah terkulai itu. Setelah dipastikan
sudah betul-betul jauh dari orang dia mengali tanah untuk menanam mayat Amirah.
********************************************************************
Wajah
Alisya semakin pucat. Dia melihat sendiri peristiwa ngeri itu dengan mata
kepalanya. Namun dia tidak punya daya untuk membantu. Selepas peristiwa malam
itu, dia tidak lagi mahu bergaul dengan sesiapa. Sudah beberapa bulan Amirah
hilang tidak dapat di jejak.
Pihak
polis sedaya upaya mencari Amirah namun tidak mempunyai sebarang maklumat.
Amirah dipercayai hilang selepas seminggu dia tidak plang ke asrama. Kini
hampir 6 bulan pihak polis cuba menjejaki Amirah. Tidak siapa tahu bahawa
Amirah sudah mati dibunuh oleh anak ahli korporat terkemuka Negara.
Sudah
beberapa hari Alisya sering kali menangis bila dudk bersendirian adakalan
sewaktu tidur dia sering meracau memanggil nama Amirah. Keadaannya seakan
menyimpan satu rahsia besar. Dia membuka telifon bimbitnya dan membuka file
video lalu memainkan satu rakaman video. Rakaman yang mampu mengegarkan
Malaysia seandainya ianya terlepas ketangan pihak polis. Sedang dia leka melihat
video itu tiba-tiba seseorang menghampirinya. Dia pantas menyimpan telifon
bimbitnya.
“Mana
Amirah ya Alisya?” soal lelaki yang menghampirinya tadi. Alisya menundukkan
wajahnya. Peluh sejuk mulai memercik di dahinya. “ Manalah aku tahu, kau
mungkin lebih tahu agaknya.” Terketar ketar Alisya menjawab persoalan lelaki
itu. Itulah lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas Izati dan kini
Amirah. Alisya bingkas bangun. Sebelum Alisya berlalu pergi Alisya terdengar
Zaidi ketawa sinis dan berkata sesuatu. “ Kau akan menyesal Alisya.”
Alisya
pantas meninggalkan Zaidi. Tiada gunanya melayan karenah lelaki psiko itu.
Zaidi hanya memerhati Alisya berlalu pergi. Di matanya terpancar sebuah dendam.
Dia seakan mahu merancang sesuatu untuk membinasakan Alisya kerana baginya
Alisya sangat berbahaya.
***************************************************************
Jam
menunjukkan jam 11.30 minit malam. Sebuah kereta Honda City bewarna hitam
terparkir di hadapan asrama puteri yang mana menempatkan Alisya di situ. Memandangkan
peperiksaan akhir semester bakal berakhir tidak lama lagi ramai pelajar-pelajar
yang sudah pulang kekampung. Hanya beberapa pelajar yang masih mempunyai peperiksaan
sahaja yang masih ada di Asrama tersebut.
Hujan
renyai mulai turun, suasana sejuk mencengkam tulang rusuk. Bunyi salakan anjing
kedengaran sayup dari kejauhan. Jam kini sudah menunjukkan jam 11.45 minit
malam. Lelaki yang berada dalam kereta tersebut keluar dai keretanya dan
melangkah menuju kearah anak tangga asrama perempuan. Langkah diatur dengan
berhati. Riau kalau-kalau masih ada pelajar perempuan yang berkeliaran diluar.
Setelah
tiba di aras dua. Suasana begitu hening. Hanya kedengaran bunyi ungas. Lelaki
it uterus melangkah membelok kearah kanan dan mecari bilik yang tertera nama
Nur Alisya. Gadis itu kini teranam keselamatannya. Lelaki ini seakan mempunyai
niat jahat kerana dari segi pakaiannya memang dia punyai niat untuk mengancam
nyawa Alisya. Pisau ditangannya seakan dahagakan darah. Tepat jam 12.00 malam
lelaki itu berhenti disebuah bilik yang tertera nama Nur Alisya.
Dengan
menggunakan dawai dia cuba membuka kunci tombol pintu bilik itu. Setelah
berjaya dia pun masuk dan melangkah perlahan-lahan kearah Alisya. Tidak
dihiraunya jeritan dan rayuan Alisya saat itu. “Aku tahu kau tahu apa yang
berlaku malam itu Alisya. Bagaiman kau tahu Alisya?” suara lelaki itu membentak
Alisya. Alisya menangis ketakutan, bibirnya bergetar. “ Aku tahu itu kau Zaidi.
Sudah lah Zaidi, serah diri pada polis dan bertaubatlah, jangan kau mahu jadikan
aku mangsa seterusnya. Kau mahu tahu bagaimana aku tahu? Malam itu aku
mengekori kau hingga ke jalan puaka itu. Aku lihat apa yang berlaku. Aku lihat
kau tanam Amirah. Ya! Video itu video bukti pembunuhan Amirah. Sudahlah Zaidi,
serah diri sahaja.” Alisya memberanikan diri menceritakan segalanaya.
“Dasar
perempuan tak guna!!! Apa kau sangka aku mahu mati seperti Izati dan Amirah?
Dan juga mungkin kau? Tidak mungkin!” Zaidi semakin berang. Dia bertindak untuk
menikam Alisya. Namun belum sempat dia menikam Alisya satu das tembakan
ditembak kearah tangan Zaidi. Pisau yang dipegangnya terlepas. “Jangan
bergerak, kami polis.” Kata salah seorang ahli pasukan polis tersebut. Darah
berlumuran ditangan Zaidi. Dia meraung kesakitan. Pihak polis segera mendapatkan
Zaidi dan dibawa pergi. Alisya menags sepuas puasnya. Dendam Amirah akhirnya
terbalas. Dia bersyukur kini orang yang perlu bertanggungjawab sudah
tertangkap.
Malam
itu Alisya telah nekad untuk mengekori kemana Zaidi ingin membawa Alisya kerana
dia telah mendengar perbualan Yasmin denganZaidi ketika Yasmin menyerahkan pita
rakaman kepada Zaidi. Namun wlaaupun dia mengekori Amirah dia tidak dapat
menghalang Zaidi dari membunuh Amirah kerana dia sendiri merasa takut. Hendak
dihubungi polis dia seakan terpaku dan tidak tahu berbuat apa-apa. Setelah
Zaidi membawa mayat Amirah untuk ditanam Alisya menceroboh kereta Zaidi untuk
mendapatkan pita rakaman tersebut. Mujurlah ketika itu kereta zaidi tidak
berkunci.
Setelah
berjaya mendapatkan pita tersebut dia cuba menjejaki kemana Zaidi membawa mayat
Amirah. Dia merakam detik-detik Amirah disemadikan oleh Zaidi. Namun berbulan
lamanya dia menyimpan rahsia tersebut kerana dia trauma. Sahabat baiknya mati
dihadapan matanya tidak mungkin dia mampu untuk berlagak seperti biasa.
Selepas
kejadian Zaidi datang menemuinya petang itu, dia nekad untuk terus ke balai
polis membuat laporan megenai kematian Amirah dan juga Izati. Kerana dia dapat merasakan bahawa nyawanya
sudahpun terancam. Zaidi sudah tahu mengenai bahan vukti yang dia ada. Oleh
kerana itu pihak polis mula mengekori Zaidi.
**************************************************************
Mayat
Amirah disemadikan semula ditanah perkuburan islam sekitar Gombak berhampiran
kubur adiknya Izati. Setiap kali punya masa lapang Alisya pasti menziarah kubur
Amirah. Baginya Amirahlah sahabat terbaiknya. “Semoga kau damai di alam sana
Amirah. Dendammu sudah terbalas sayang. Zaidi bakal menjalankan hukuman gantung
dan Dato Ibrahim dikenakan hukuman penjara 20 tahun akibat bersubahat dalam kes
kematian Izati. Tidurlah sahabatku dengan tenang. Semoga rohmu dicucuri
rahmat.”
TAMAT
