Tuesday, 16 May 2017

ADEM



Dengan Nama Alah Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada
Kekuasaannya atas orang-orang
Yang beriman dan bertawakal
Kepada tuhannya.
Sesunguhnya kekuasaannya(syaitan)
Hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin
Dan atas orang-orang yang mempersekutukannya
Dengan ALLAH
(Surah An-Nahl, Ayat 99&100)
*****************************************************************
Kelihatan dari jauh sebuah kereta Honda Civic memasuki perkarangan rumah agam yang telah dibina hampir 80 tahun, namun rumah itu masih kelihatan berdiri megah dan halamannya dihiasi bunga-bungaan yang segar dan indah pemandangannya. Dihadapan rumah agam yang dibina berkonsepkan senibina Jawa itu berdiri seorang wanita muda yang mengenakan sepasang kebaya nyonya bewarna hijau pucuk pisang. Rambutnya disanggul rapi an disisipkan sekuntum bunga mawar yang mekar. Dari jauh dia sudah tersenyum kepada satu keluarga kecil yang baru sahaja keluar dari perut kereta Honda tersebut.
“Selamat datang bapak, ibu, neng. Semuanya telah saya beresin di dalam.” Dia terus menyapa dengan ramah serta memberi senyuman manis. Matanya melirik kearah Mohamad Zakuan iaitu pemilik baru rumah agam tersebut.
Rumah itu sebenarnya milik keluarga Mohamad Zakuan, namun setelah pemergian ibunya 10 tahun yang lepas, Zakuan tidak lagi menjengah rumah tersebut melainkan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Suraya, pembantu rumah tersebut untuk menjaganya sehingga dia terbuka hati untuk pulang tinggal di situ. Rumah itu jauh dari orang, terletak di hujung kampung dan sangat tersorok malah ianya merupakan rumah yang paling besar dalam kampung tersebut.
Rumah tersebut di bina oleh moyang Mohamad Zakuan sebelum merdeka lagi. Keluarganya merupakan keluarga bangsawan dari tanah seberang yang berhijrah ke Tanah melayu sewaktu perang dahulu kira-kira 80 tahun yang lepas. Oleh sebab itu seni bina rumah itu tampak ketara seakan senibina Jawa dan Melayu.    
**************************************************************
Zakuan, Isteri dan anak perempuannya terus melangkah masuk ke dalam rumah, sementara Suaraya dan Pak Akob, tukang kebun rumah tersebut, sibuk mengangkat beg-beg milik keluarga tersebut.
‘Maya………..’ satu bisikan halus menerjah gegendang telinga Maya, satu-satunya anak perempuan Zakuan dan Sophea sebaik sahaja dia melangkahkan kaki ke dalam rumah tersebut. Maya tersentak dan tiba-tiba satu angina lintang menerjah menampar wajahnya. Dia terus terhenti di muka pintu.
“Mama, papa.. I feel something different.” Maya terus bersuara memberitahu ibu dan ayahnya mengenai hal berkenaan.
“Maya, what is different sayang? Dah 7 kali kita pindah rumah, cukuplah mama dah penat.” Sophea bersuara lemah, dia seakan lelah melayan karenah anaknya itu.
Maya di sahkan menghidap paranoid disorder. Dia sentiasa merasa terancam dan mendakwa dapat melihat roh-roh jahat serta dapat mendengar suara-suara aneh. Sejak dari itu, mereka telah berpindah sebanyak 7 kali dan rumah agam ini adalah pilihan terakhir ayahnya kerana dia sudah buntu untuk melayani karenah anaknya itu.
Zakuan diam dan terus melangkah masuk meninjau keadaan dalam rumah tersebut. Biarpun telah ditinggalkan hampir 10 tahun, namun semuanya masih dalam keadaan rapi.  Susun atur perabot tersebut masih terletak ditempat asalnya. Satu kelebihan rumah itu, ianya tidak pernah merasa panas seperti rumah-rumah yang lain biarpun pada musim panas. Sejak dari dahulu lagi rumah itu tidak pernah tersedia kipas kerana suasananya cukup dingin.
“Maya ini bilik kamu.” Zakuan terus membuka pintu sebuah bilik yang terletak ditengah antara ruang tamu dan dapur. Bilik itu dahulunya milik nenek Zakuan, namun setelah dia meninggal dunia tiada siapa pun yang menggunakannya lagi. Hanya sesekali sahaja digunakan ketika sanak saudara datang berkunjung ketika kenduri kendara. Zakuan merupakan anak tunggal dalam keluarganya, jadi tidak ada saudara terdekat yang selalu pulang melaikan ketika majlis yang besar atau hari raya.
Maya melangkah masuk ke dalam bilik yang diberikan oleh ayahnya itu. Tiba-tiba jendela yang menghadap pintu bilik itu terbuka dirempuh angina kuat. Maya, Zakuan dan Sophea terus tersentak dengan kejadian tersebut. Dada maya berombak, dia berdebar. Dia sudah dapat merasakan yang ada sesuatu yang tidak kena terhadap rumah tersebut.
“Bapak, ibu diluar pada mahu hujan, sebaiknya mobilnya di parking ke dalam aja, jangan dibiar dihalaman.” Tiba-tiba Suaraya masuk dan memberitahu hari sudah mahu hujan. Zakuan hanya mengangguk dan terus melangkah keluar rumah untuk mengubah keretanya kebawah genting yang telah disediakan untuk meletakkan kereta.
Setelah dia keluar dari kereta dia ternampak seorang nenek tua sedang merenung tajam kearahnya dari luar pagar. Zakuan terus menghampiri nenek tersebut.
“Mak Embun…” sapa Zakuan. Mak Embun dahulu merupakan penjaga Zakuan ketika dia masih kecil. Malah Mak Embun juga merupakan peneman ibunya ketika bapanya berada di luar kota.
“Zakuan, dia belum bertemu pewarisnya nak, kamu dalam bahaya.” Tutur Mak Embun dalam keadaan yang sayu memandang Zakuan. Dahi Zakuan berkerut seakan tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Mak Embun. Tiba-tiba Maya datang menghampiri Zakuan dan memandang Mak Embun dengan wajah kehairanan.
“Sapa ni papa?” soal Maya inginkan kepastian.
“Ini Mak Embun, ibu angkat papa, dia yang jaga papa waktu papa kecil.” Zakuan menjelaskannya kepada Maya. Maya tersenyum lalu menghulurkan tangan menyalami Mak Embun. Mak Embun menyambut huluran salam itu, namun ianya terkejut di saat dia menyalami Maya. Mata Mak Embun memandang tepat ke wajah Maya. Maya tersenyum sinis memandang Mak Embun dan terus melepaskan salamannya dari tangan Mak Embun. Tanpa sepatah bicara Maya terus berlalu pergi.
Mak Embun seakan terpana, hatinya mulai tidak senang. “Itu anak Wan, Mak. Satu-satunya anak yang Wan ada. Mak marilah masuk dulu. Nak hujan ni, lagipun dah nak malam boleh kita makan malam bersama. Dah lama kita tak makan bersama boleh sembang banyak lagi. Nanti lepas Isyak Wan hantar mak balik.”
Mak Embun memandang Zakuan dengan pandangan yang sayu. Riak wajahnya seakan simpati terhadap nasib Zakuan selepas ini. Namun dia sendiri tidak berdaya hendak menolong. Namun apa yang pasti, ada satu rahsia yang Zakuan perlu tahu. Namun bibirnya seakan terkunci untuk menceritakannya.
“Tak apalah Wan. Mak balik dulu, nanti senang-senang Wan datang rumah mak ya. Banyak cerita mak nak cerita, dah sepuluh tahun kamu tak balik.” Kata Mak Embun sambil tersenyum kepada Zakuan. Zakuan hanya mengangguk.
Sebelum pergi Mak Embun sempat memandang kearah jendela yang berhadapan dengan jalan, kelihatan Maya sedang merenung tajam ke arah  Mak Embun sambil tersenyum sinis. Satu senyuman yang tak dapat ditafsirkan ertinya. Lain auranya, sangat berbeza.
Astagfirullah Al Azim..’ detik hati Mak Embun. Dia terus melangkah pergi tanpa menoleh lagi.
*****************************************************************
Azan maghrib berkumandang, terdengar sayup-sayup dihujung kampung. Zakuan dan isterinya Sophea bersiap-siap untuk menunaikan solat berjemaah sekaligus membaca surah Yassin kerana itu merupakan hari pertama mereka masuk kedalam rumah tersebut. Maya masih leka dengan musiknya sambil bermain telifon pintarnya di ruang tamu rumah.
“Maya, sudahlah dengar lagu tu. Dah maghrib pun. Jom solat Jemaah sekali. Lepas ni boleh baca Yassin sama-sama.” Tegur ibunya Sophea. Sophea hanya menjeling tajam kearah Sophea sehingga Sophea tersentak. Relingan yang aneh. Namun dia cuba untuk mengawal diri.
“Cepat Maya! Mama dengan papa tunggu kamu.” Sophea meninggikan sedikit suaranya.
“Aku tak nak!!” Tengking Maya kepada ibunya. Sophea terkejut dengan tindakan Maya. Belum pernah sekalipun anak itu membantah cakapnya apatah lagi meninggikan suara. Dia sudah merasakan sesuatu yang aneh terhadap Maya sejak petang tadi lagi. Namun dia masih berdiam diri. Bukan itu sahaja dia juga menemukan tempat bara dan kemenyan yang berasap di bilik Suraya. Melihatkan keadaan itu Sophea mengesyaki bahawa Suraya mengamalkan ilmu hitam dan mungkin sahaja Maya adalah mangsa pertamanya. Namun dia tidak mahu menuduh melulu. Dia perlu cari kebenarannya dahulu.
Namun tangapannya semakin kukuh apabila sewaktu dia mengambil wudhuk dia telah terlihat Suraya membawa seekor ayam kampung yang telah disembelih kearah belakang rumah  dan diletakkan di dalam sebuah perigi sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.
“Sophea, jom kita Jemaah. Panggil Maya sekali.” Sophea terus tersentak apabila Zakuan menyapanya dari belakang.
“Awak ni kenapa? Nampak pucat je.” Soal Zakuan apabila melihat wajah Sophea yang kelihatan seakan ketakutan.
“Abang, saya ada benda nak beritahu abang.” Sophea ingin menyatakan apa yang dirasakannya, namun dari nada suaranya jelas dia seakan gugup.
“Lepas solat kita bincang ya. Jom lah solat nanti habis waktu.” Zakuan terus mengajak Sophea solat sebelum mereka membincangkan tentang apa yang Sophea rasakan.
*****************************************************************
Di dalam bilik Maya seakan kegelisahan. Duduk, berdiri dan baringnya tidak tentu arah. Dia merasakan tidak tenteram. Badannya terasa panas dan membahang seakan disiat-siat. Dia berpusing satu bilik dan membuka tingkap. Angin kuat di luar menerjah masuk ke dalam bilik namun belum cukup untuk menenteramkan hatinya. Dia semakin kegelisahan tatkala mendengar alunan bacaan Yassin oleh ayahnya dari ruang tamu yang berhampiran dengan biliknya. Semakin lama Alunan bacaan Yassin itu semakin kuat dan saat itulah Maya semakin kegelisahan. Dia mula menjerit, lama kelamaan jeritannya semakin kuat hingga menyentakkan ibu dan ayahnya yang sedang membaca Surah Yassin di luar.
“ARGGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!” Maya bertempik kuat sebelum dirinya jatuh terjelepuk ke atas lantai. Ibu dan ayahnya yang mendengar tempikan it uterus bingkas bangun dan meluru ke arah bilik Maya untuk mendapatinya.
“Maya!! Maya!! Kenapa ni nak?” Sophea terus mencepung Maya ke atas ribanya dan memangku anaknya yang sudah pun longlai dan basah dengan peluh. Dia menangis teresak-esak melihatkan keadaan Maya.
Tidak lama kemudian Suraya datang dengan tangannya dipenuhi darah merah dan wajahnya seakan sedang menangis.
“Suaraya! Apa kamu dah buat? Kamu amalkan ilmu hitam? Ingat aku bodoh? Aku tak Nampak apa yang kamu buat? Aku Nampak kemenyan berasap dalam bilik kamu, aku Nampak kau sembelih ayam dan bagi Syaitan kau tu makan kan? Aku Nampak semua. Kau nak jadikan anak aku mangsa Syaitan kau ke?” Sophea terus bertempik. Wajahnya mulai membengis.
“Sophea! Apa kamu cakap ni? Abang tak faham.” Zakuan tampak serabut dengan apa yang sedang berlaku. Dia tidak faham mengenai tuduhan terhadap Suraya.”
“Suaraya amalkan ilmu hitam abang, Sophea Nampak tadi..” Sophea terus sahaja menangis teresak-esak sambil memeluk anaknya, Maya. Sementara itu Suraya tertunduk sambil menangis.
“Suraya! Kenapa kau menangis? Apa betul apa yang Sophea katakan?” Soal Zakuan inginkan kepastian. Dia merenung tajam kearah Suraya supaya Suraya menceritakan segalanya.
“Iya, tapi bukan punya aku pak, ianya punya Ibu bapak.” Teresak-esak Suraya menjawabnya. Zakuan terkejut. Masakan ibunya yang kelihatan warak dan tidak pernah meninggalkan solat itu menyukutukan Allah. Ianya tidak mungkin. Sama sekali  tidak benar.
“Kamu bohong!” Zakuan meninggikan suara kepada Suraya. Dia tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Suraya.
“Benar pak aku tidak berbohong. Benda ini milik ibu bapak, aku Cuma penjaga sementaranya aja sebelum dia ketemu sama pewarisnya yang baru.” Jelas Suraya terus menangis.
“Siapa pewarisnya.” Soal Zakuan lagi dalam ton suara yang tinggi.
“Maya pak. Benda ini diambil untuk menjaga keamanan rumah dan kesejahteraan keluarga bapak. Saat ibu mahu meninggal dia udah mengamanahkan aku supaya menjaga belaannya hingga satu-satu warisnya ini menjangkau umur 18 tahun. Selepas warisnya berusia 18 tahun dengan sendirinya ia akan berpindah tuan. Tapi aku enggak tega pak melihat Maya yang tidak berdoasa ini memikul bebannya. Terlalu banyak pantang larang dan upacara yang harus dijalankan jadi aku mahu biar belaan ini terus bersama aku, aku rela demi keluarga bapak. Tapi belaan ini tidak mahu pak. Dia tetap mahukan Maya, kerana Maya waris asli tunggalnya. Aku binggung pak. Aku sendiri kagak bisa nolongi bapak lagi. Selama ini belaan ini udah lama numpang dan ngekorin Maya sejak usianya mulai menganjak 18 tahun. Sedari 1 tahun lepas pak.”
Terlopong mulut Zakuan mendengarnya. ‘Apakah ini maksud Mak Embun petang tadi? Ianya belum berwaris?’ Zakuan bermonolog di dalam hati.
“Lekas pak bawa Maya ke rumah Mak Embun sebelum terlambat. Dia udah mula menyerap masuk dan bersatu dalam tubuh Maya.” Mendengar kata-kata daripada Suraya itu Zakuan bingkas bangun dan mencepung Maya untuk dibawa keluar dari rumah itu. Sophea terus menangis. Dia takut dengan apa yang sedang menimpa keluarganya.
Baru sahaja Zakuan mahu melangkah keluar rumah pintu dan tingkap tertutup dengan sendirinya dan satu angin kencang berpusar di dalam rumah tersebut. Keadaan menjadi semakin kacau bilau. Sophea cuba sedaya upaya untuk membuka pintu sementara Zakuan mengendong Maya untuk di bawa keluar dari rumah tersebut.
Suraya semakin cemas, dia dapat merasakan bahawa makhluk itu mula menguasai tubuh Maya dan akan bersatu dalam tubuh Maya. Jika dia lambat Maya akan menjadi milik makhluk itu. Suraya terus kebiliknya dan terus memperasapkan kemenyan sambil menyeru makhluk berkenaan dengan mantera khas untuk menyerunya.
***************************************************************
Diruang tamu, tiga beranak itu masih terperangkap, dan angin masih berpusar laju. Mereka kelihatan cemas dan buntu. Tidak ada jalan keluar bagi mereka. Lidah mereka juga menjadi kelu untuk menyebut kalimah-kalimah Allah. Sophea terus menangis dalam hatinya meminta pertolongan dari Allah. Sementara Maya masih terkulai layu dipangkuan Zakuan. Zakaun sedaya upaya menolak pintu berkenaan dengan kuat namun kudratnya tidak terdaya melawan kuasa syaitan yang dilaknat itu.
“Zakuan! Berundur! Mak Embun datang dengan Ustaz, biar dia tolong kamu.” Akhirnya dengan kuasa Allah Mak Embun datang memberikan pertolongan. Pintu direjah oleh Ustaz Halim dan beberapa orang pembantunya. Mak Embun terus masuk dan mendapatkan mereka yang sedang ketakutan. Maya dibaringkan ditengah ruang, sementara Ustaz Halim mula membaca ayat-ayat suci Al-quran. Semakin kuat ayat-ayat suci dialunkan semakin kencang angin yang berpusar.
“Wahai syaitan yang dilaknat Allah! Aku perintahkan kau pergi tinggalkan rumah ini, serta jasad anak muda ini, janganlah kau kembali lagi, tugas mu menjaga mereka sudah selesai. Pergi kau dari sini dan jangan sesekali engkau pulang hinggalah hari kiamat. Dengan kalimah La illah Ha illallah  aku usir kau dari sini, ALLAHUAKBAR!!!”
Akhirnya angin yang berpusar tadi mulai berhenti dan kedengaran suara jeritan Suraya dari dalam biliknya. Pembantu-pembantu Ustaz Halim pergi mendapati Suraya yang sudah terbaring kaku. Suraya menjadi mangsa makhluk itu. Makhluk itu telah membunuhnya kerana dia ingkar dan melanggar perjanjiannya demi menjaga keluarga Zakuan dan demi keselamatan Maya. Sophea terus menangis apabila mereka membawa keluar mayat Suraya. Dia merasa bersalah kerana menuduh Suraya namun sebaliknya Suraya telah menjadi korban demi keluarganya.
“Apa yang dilakukan Suaraya terhadap kamu memang besar jasanya, tetapi dia tetap kufur kerana memegang janji dengan Syaitan. Seharusnya dia buang benda ni dari dulu lagi. Mak dah nasihatkan dia, tapi dia tidak pernah peduli. Mak sendiri tak pasti kenapa Suraya mahu menjaganya.” Jelas Mak Embun kepada Zakuan dan keluarganya.
“Kenapa ibu ambil benda ni mak? Ibu orang yang baik. Ibu juga dikenali orang yang warak.” Soal Zakuan iginkan jawapan. Mak Embun menghela nafas panjang. Sebelum menjawab pertanyaan Zakuan.
“Apabila nafsu dan ketaksuban seseorang melebihi keprcayaannya terhadap Allah, maka inilah yang terjadi. Dia ambil supaya benda ini menjaga seluruh keturunannya dan lagi dia takut ayah kamu curang ketika di luar kota. Itulah sebabnya.” Jelas Mak Embun Lagi.
“Sucikan kekotoran dalam rumah ini, buang kehitamannya yang ada, salah satu ciri sesebuah tempat tidak kiralah bilik atau rumah itu dihuni sesuatu yang lain adalah tempat itu sentiasa berasa dingin kerana ianya telah diselimuti oleh makhluk ini agar kamu merasa tenang ketika berada di dalamnya. Supaya mudah ia menguasai kamu.” Jelas Ustaza Halim kepada Zakuan.
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang
Katakanlah Dia lah Allah Yang Maha Esa
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya
(surah Al-Ikhlas, Ayat 1-4)
                                                                           TAMAT                                                                                 

Sunday, 1 May 2016

RAHASIA




Dengan Nama Alah Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada
Kekuasaannya atas orang-orang
Yang beriman dan bertawakal
Kepada tuhannya.

Sesunguhnya kekuasaannya(syaitan)
Hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin
Dan atas orang-orang yang mempersekutukannya
Dengan ALLAH
(Surah An-Nahl, Ayat 99&100)
*******************************************************************
Daun-daun gugur beterbangan ditiup angin kencang, suasana mulai mendung, awan berarak laju. Ini petanda petang itu bakal dibasahi hujan dari rahmat yang Esa. Syukurlah, sekian lama juga bumi ini tidak dibasahi hujan. Amirah Qalera laju menghayunkan langkahnya. Nafasnya sedikit tercunggap. Sambil menarik bagasi besarnya Amira mengesat peluh yang mulai merenek keluar.
Angin kencang menampar wajahnya, sesekali terasa sejuk. Beberapa minit selepas itu kakinya terpacak di hadapan sebuah rumah yang tesergam indah. Rumah besar itu kelihatan usang, namun masih kekal cantik. Amira terpaku melihat rumah sebegitu besar. Dalam fikirannya pasti saja ramai penghuni dalam rumah itu, jadi dia tidak akan keseorangan. Hatinya mulai berbunga girang. Sedang dia leka memerhati luaran rumah itu matanya tertancap pada satu pohon besar dan kelihatan menyeramkan.
Di pohon itu kelihatan ada kain kuning dililitkan di batang pohon itu. Amirah mulai merasakan sesuatu yang aneh. “Amiraaa” tiba-tiba satu suara seakan berbisik menyapanya. Ditolehnya kiri dan kanan namun tiada siapa di situ. Amira cuba positfkan dirinya, mungkin hanya perasaannya sahaja. Matanya kembali tertancap pada pohon itu. Fikirannya mulai menerawang.
“Mbak Amirah!” Satu suara telah menyentakkannya dari lamunan. Amirah menoleh kebelakang dan tersenyum kearah seorang wanita tua yang kira-kira berusia 50an. Wanita itu menghampiri Amirah dengan wajahnya dibengiskan dan matanya mencerlung ke arah Amirah. “Jangan di tatap pohon itu lama-lama mbak, ada yang menjagain!” kelihatan wanita itu seakan marah terhadap Amirah. Amirah terkesima seketika. Baru sahaja dia sampai di bumi asing ini sudah dimarahi pula. Amirah Hanya mendiamkan diri. Wanita tua yang dikenali sebagai Mbah Ayu, itu kemudian membuka pintu pagar usang rumah besar itu. “Masuk mbak.”
Sejurus kaki Amirah melangkah masuk, sekali lagi seakan ada angin yang merempuh langkahnya. Mbah Ayu kelihatan gusar. Dia memberhentikan langkahnya lalu terus menjerit sambil matanya mencerlung memandang kearah pohon besar itu. “Anak ini punya aku, jangan diganggu, jika ku tahu kau menganggu, akan ku binasakan kamu.” Amirah memandang Mbah Ayu dengan wajah yang terkesima. Fikirannya terganggu dengan kejadian tersebut. Persoalan mulai muncul di benaknya. Dengan siapa Mbah Ayu berkomunikasi.
Melihatkan reaksi Amirah yang seakan terkesima, Mbah Ay uterus mencapai pergelangan tangannya dan menarik Amirah masuk ke dalam rumah. Benar rumah itu amat besar dan mempunyai 3 tingkat. Ukiran senibinanya juga amat unik dan menarik. Ukiran pada tangga rumah itu seakan ukiran senibina inggeris dan jawa. Di suatu sudut terdapat sofa dan meja untuk bersantai. Keadaan rumah amat bersih namun kelihatan agak suram kerana kurang pencahayaan.
“Anak-anak kos pada kuliah semuanya mbak, nanti sore pulangnya, jadi sekarang mbaknya sendiri aja.”
“Oh begitu. Berapa orang yang menginap di dalam rumah ini mbah?”
“12 orang mbak. Nanti minta dikenalin semuanya. Soalnya kalo di sini kan jauh dari orang tuanya jadi kalo apa-apa terjadi bisa ditolongin.” Amirah tersenyum dan menganggukkan permintaan Mbah Ayu. Mbah Ayu memandang Amirah dengan pandangan yang aneh sebelum meneruskan bicaranya.
 “Dalam rumah ini, punya peraturannya mbak. Mbak engak dibenarkan keluar rumah setelah sore atau dalam arti kata lainnya sebelum maghrib. Mbak bebas ke mana-mana dalam rumah ini tapi jangan sesekali menghampiri kamar 3 di lantai 3 dan lagi, jangan sesekali mendekati pohon yang mbak lihat di luar barusan. Ingat!”
Amirah hanya menganggukkan kepalanya. Dia terus menarik bagasinya menuju ke kamarnya. Mbah Ayu kelihatan sudah keluar dari rumah itu dan meningglkan kawasan rumah itu. Amirah melihat sekeliling ruangan kamarnya itu. Besar dan bersih. Katil yang dilitupi kain putih itu diselaknya perlahan-lahan. Di suatu sudut terdapat sebuah kerusi rotan yang diletakkan disudut bucu kamarnya. Di dalam kamar itu juga terdapat bilik air persendirian. Tidak rugi kiranya dia menyewa di situ kerana semua fasiliti telah dilengkapi. Meja solek juga turut disediakan. Amirah menuju ke jendela lalu membuka jendela kamarnya itu, dari jendela itu dia dapat melihat pohon besar yang menyeramkan itu.
Sekali lagi Amirah bagaikan dipukau oleh pohon itu, matanya terlalu tertarik untuk melihat pohon itu. Tiba-tiba seakan angin lintang menerpa ke arah Amirah. Amirah terkejut dan cepat-cepat menutup jendela.
Amirah merupakan pelajar tahun terakhir di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur. Belajar jurusan Kesenian Melayu, Amirah terpaksa akur untuk membuat kajian di salah sebuah kota di Indonesia bagi melengkapi tesisnya dengan tajuk Kesenian dan Mistik. Pada mulanya Amirah amat keberatan untuk melakukan kajian seperti itu kerana dia seorang yang tidak mempercayai mistik kerana dia seorang yang berfikiran logik dan hanya mempercayainya seandainya mempunyai bukti yang sahih. Namun dekasakan dari pensyarahnya membuatkan Amirah terpaksa meneruskan kajiannya. Mujur Amirah mempunyai teman dari kota itu yang sedari awal sudah membantu Amirah mencari rumah tumpangan atau bilik sewa untuk satu bulan.
************************************************************
Kedengaran bunyi Azan berkumandang. Amirah perlahan-lahan membuka matanya. Dia melihat jam di pergelangan tangannya jam sudah menunjukkan jam 5.45 petang. Amirah mengesat matanya memegang kepalanya yang terasa berat. Beberapa ketika kemudian dia terdengar suara bising dari luar kamarnya. Amirah bagun perlahan lahan lalu terus membuka pintu kamarnya. Rupanya penghuni dalam rumah ini sudah pulang dari kelas. Amirah terus menyapa mereka.
“ Hai, saya Amirah dari Malaysia.” Tegur Amirah ramah. Salah seorang dari mereka menyahut huluran tangan Amirah untuk bersalam lalu diikuti yang lainnya.
 Saya “Tia, ini Lia Desmin, Siti, Farah, Lola dan ini Mirindah. Senang ketemu sama kamu. Anak kosan baru yah?”
“Iya. Cuma ini sahaja yang tinggal di sini? Mbah Ayu bilang sekitar 12 orang.”
“Iya kak, tapi mereka belum pulang. Mungkin aja ngak pulang.”
“Tidak pulang? Kenapa? Pulang ke kampung?”
“Itu bukan urusannya lo. Anak baru pada brisik!” Mirindah mencelah sambil meninggikan suaranya. Amirah terkejut dengan reaksi Mirindah. Dibenaknya mulai mempersoal apakah salah soalannya sebentar tadi. kelihatan Mirindah sudah menaiki tangga menuju ke tingkat dua dimana kamarnya terletak. Tia, Lia, Siti, Farah dan Desmi juga sudah meminta diri untuk masuk ke kamar masing-masing. Kini hanya tinggal Lola bersama Amirah diruang utama rumah itu.
Lola tersenyum memandang Amirah yang terpinga-pinga sebentar tadi. “Ya udah kak, jangan Ambil hati. Dia itu marah terus, apa kata orang berangin.” Lola ketawa diikuti oleh tawa Amirah. Tidak lama kemudian Mirindah keluar dari kamarnya dan mengerling kerah mereka berdua. Lola dan Amirah terus terdiam. Mirindah terus berlalu pergi.
“Bukan salah dia kak, dulu Mirindah itu orangnya baik bangat, namun setelah saudara kembarnya meninggal dunia dia terusan seperti itu. Kata orang saudaranya itu meninggal kerana di bunuh dengan kejam  kak. Tapi yah.. itu kata orang kan. Mirindah aja ngak pernah cerita.” Jelas Lola kepada Amirah.
Amirah hanya mengangukkan kepalanya. Dia terus memerhati kamar Mirindah, tidak lama kemudian Mirindah muncul di hadapan kamarnya, Amirah terus memalingkan wajahnya. Pintu kamarnya dihempas kuat hingga satu rumah dapat mendengar bunyinya. Lola hanya mengelengkan kepalanya.
“Kak, aku ke kamar dulu ya, kalo ada apa-apa mau nanya silakan aja ke kamarku di lantai 3. Kamar nombor 2 ya kak.” Amirah hanya mengangguk. Dia terus melangkah masuk ke kamarnya lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib. Selepas menunaikan solat maghrib Amirah duduk berteleku di atas tikar sejadahnya.
            Tiba- tiba angin kencang menerpa jendelanya, pintu jendela itu terbuka dan angin kuat menerpa masuk ke dalam kamarnya. Amirah bingkas bangun dan menuju ke arah jendela. Baru sahaja dia ingin menutup jendela itu matanya sekali lagi tertancap ke arah pohon besar itu. Dalam kegelapan Amirah seakan dapat melihat seseorang di bawah pohon itu.
“Bunuh dia Amirah….. Bunuh dia…” bisik seseorang kepada Amirah. Angin semakin kuat. Amirah yang masih bertelekung it terus terpaku di hadapan jendela.
“Bunuh dia…. Bunuh dia…” suara it uterus berbisik. Amirah seakan tidak bergerak lagi di hadapan jendela itu. Angin kencang terus bertiup. Kelihatan bintang di langit mulai menghilang. Mungkin hujan bakal turun namun Amirah masih terpaku di hadapan jendela. Matanya terus memandang ke arah pohon tersebut.
            Hampir setengah jam Amirah berdiri di situ angin kencang tadi mulai menghilang. Amirah terjatuh ke lantai. Tiba-tiba dia seakan baru sedar. Dari luar kamarnya bunyi ketukan kuat bergendang dari luar kamar. Amirah bangun lalu membuka pintu kamarnya. Mirindah masuk dan terus menolak Amirah. Sekali lagi Amirah terjatuh.
“Bikin apa aja kamu di hadapan jendela itu?” tempik Mirindah.
“Saya tak buat apa-apa Mir. Hanya ingin menutup jendela sahaja. Tapi saya tak tahu kenapa saya berdiri di situ dan saya seperti di pukau.”
“Jangan pandang pohon itu!” Mirindah menempik dan terus berlalu pergi. Amirah kebingugan. Lola berlari-lari anak mendapatkan Amirah yang masih termanggu tidak mengerti apa-apa. “kenapa engak ditutup jendelanya kak?” Lola tangkas menutup jendela Amirah. Amirah hanya terdiam. Dia memandang Lola dengan pandangan minta penjelasan.
Lola mengangkat Amirah bangun dan terus duduk di birai katil. Amirah menangalkan telekungnya. “Banyak yang kakak belum tahu di sini kak, entar kalo di cerita juga kagak mungkin kak mengerti. Di sini banyak angkernya kak.” Lola mula memulakan bicara. Amirah terlopong mendengar penjelasan Lola.
“Angker? Maksud kamu mistik? It is not exist dear. Why u trust such of that thing?” Amirah mula ketawa kecil.
“Kenapa kakak solat?” Terpancul satu soalan keluar dari mulut Lola. Soalan yang agak keras bunyinya. Amirah sedikit kaget dengan soalan tersebut.
“Sebab solat itu kan wajib untuk umat islam.” Jawab Amirah selamba.
“Nah, kakak tahu siapa yang mewajibkannya?” soal Lola lagi. Kali ini Amirah mula meragui Lola. Apakah anak ini tidak percaya pada tuhan? Bisik hati Amirah.
“Allah.” Jawab Amirah sepatah.
“Kakak percaya Allah? Sedangkan kakak engak bisa melihatnya?” soal Lola lagi. Amirah mengerutkan dahinya. Kali ini dia mulai yakin bahawa Lola ini seakan tidak punya agama. Namun dia cuba tenang dan menjawab persoalan Lola.
“Iya. Kerana walaupun tak dapat dilihat tapi dapat di rasai. Begitu juga dengan angin kamu tak dapat lihat tetapi kamu dapat rasa. Bagaimana mahu merasakan kewujudan Allah semestinya dengan mendekatkan diri kepadanya.” Amirah menjawab dengan panjang lebarnya. Dia merasakan dia bisa menginsafkan Lola.
Lola tersenyum sinis memandang Amirah. Dia menghembuskan nafasnya perlahan-lahan lalu terus menutup mata dan menarik nafasnya dalam-dalam. “Pintar kakak berbahasa, nah itu juga kak jawabannya untuk persoalan kakak tadi. Allah itu menciptakan makhluknya bukan saja kita, tapi juga makhluk ghaib. Apa kakak kurang jelas tentang kewujudan syaitan? Yang bisa aja berupa apa saja.” Balas Lola. Amirah tergamam. Lola terus pergi meninggalkan Amirah yang masih termanggu.
********************************************************
Jam di dinding baru menunjukkan jam 8 malam. Amirah tekun menghadap koputer ribanya. Dia sedang mencari maklumat yang baik untuk kajiannya. Selang beberapa minit kemudian telifon bimbit Amirah bordering. Amirah mencapai telifon bimbitnya dan menekan punat “jawab” pada telifon tersebut. Kedengaran suara girang di hujung talian.
“Hallo Mirah, apa khabar? Maaf ya, soalnya aku busy bikin assignment jadi belom bisa jengok kamu di kosan kamu. Besok kita ketemu ya. Gi mana Indonesia? Siiip?”
“Owh kamu Lia. Saya ingatkan siapa tadi. Ok aja di sini. Cuma saya ada beberapa soalan nak Tanya kamu. Esok ajalah kita jumpa ya.”
“Baik Mirah, kalo aku selesai diskusi entar aku nelipon kamu yah. Jaga diri ok. Da..da….” Telifon terus di matikan. Amirah hanya tersenyum. Begitulah kekepohan Aliya. Sejenis yang sering tergopoh gapah dan jika berbicara suasah hendak berhenti. Mereka sudah lama berkenanlan sejak Amirah berada di semester 3 lagi.
Sewaktu itu Aliya melawat ke Malaysia. Mereka berkenalan setelah Amira membantu Aliya yang kehilangan beg duitnya. Aliya sempat menginap di rumah Amirah dan keluarganya. Sejak itu hubungan akrab antara keluarga Amirah dan Alya mulai terjalin.
PRANGGGGGG!!!!!.... satu bunyi kuat datang dari arah atas kedengaran. Amirah keluar dari kamarnya dan memandang sekeliling rumah itu. Tidak ada apa-apa yang mencurigakan. Malah rumah itu kelihatan kosong dan sunyi. Penghuni-penghuninya kelihatan seperti tidak ada di rumah. Amirah memberanikan diri melangkah menuju ke tingkat atas. Satu persatu anak tangga dinaikinya dan akhirnya dia sampai di anak tangga terakhir tingkat 3 rumah berkenaan. Amirah terus melangkah menuju ke kamar 3. Sayup sayup terdengar bunyi sesuatu dari dalam.
“Jangan pernah seekali kamu menghampiri kamar 3 di lantai 3” suara mbah Ayu menusup ke fikiran Amirah menyedarkannya terhadap amaran yang telah dikeluarkan oleh mbah Ayu. Namun hatinya meronta untuk tahu. Dia semakin menghampiri kamar tersebut. Tangannya mula mencapai tombol pintu kamar tersebut, serta merta kilat memetir dan semua lampu terpadam. Amirah cemas.
Dia sememangnya tidak sukakan kegelapan kerana dia akan sesak nafas apabila berhadapan dengan kegelapan. Amirah mula melorot ke lantai. Nafasnya kencang dan tercungap-cungap. Peluh mulai membasahi wajahnya. “To..tolongg…” Amira cuba menjerit meminta tolong. Namun suaranya tersekat.. nafasnya seakan hilang. Amirah terkapai-kapai seperti orang yang kelemasan. Beberapa ketika kemudian Amirah pengsan di hadapan pintu tersebut.
“kak, bagun kak, kenapa tidur di sini? Kak..kak bagun kak.” Lola menampar pipi Amirah. Amirah membuka matanya perlahan-lahan. Namun tidak dapat melihat dengan jelas. Kepalanya berpinar-pinar. Perlahan-lahan Lola membantu Amirah bangun. Amirah memegang kepalanya,terasa sedikit berdenyut. Lola memapah Amirah masuk ke dalam biliknya dan meyuruh Amirah duduk di bangku dalam biliknya itu. Lola terus mengisi air putih ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada Amirah.
Lola tersenyum memandang Amirah. “Ternyata kakak punya Nyctophobia yah?”
“Mana kamu tahu?” soal Amirah kebingungan. “ Itu memang bidang ku kak. Aku dari jurusan psikitrik. Dari nadi kakak aku udah menjangka kakak punya Nyctophobia. Takut kegelapan. Biasa lemas kalo lambat. Mujur saja Lola periksa lestriknya. Ibunya jatuh kerna kilat barusan. Aku terdengar suara orang mintak tolong. Terus aku nyalain dulu lampunya balik lagi kesini udah lihat kakak udah sepi di hadapan kamar itu. Emangnya kakak bikin apa di situ?”
Amirah terdiam sejenak. Tidak tahu apa yang perlu diberitahu kepada Lola. Dia menghirup air putih perlahan-lahan. Lola hanya memerhati tingkah Amirah.
“Syaitan itu dijadikan untuk menyesatkan manusia tetapi apakah hantu wujud? Bukankah dari segi sains hantu itu hanyalah rekaan orang dahulu dan rupanya ditentukan sendiri oleh otak manusia yang sudah di setkan tentang kewujudannya?”
Lola tersenyum mendengar telahan Amirah. Lola mengelengkan kepala. “ Hantu itulah syaitan yang bisa menyerupa sesiapa pun yang dimahukannya.” Jawab Lola ringkas. Amirah memandang Lola sekilas lalu terus meneguk air putih itu lagi. Tekaknya terasa kering sekali.
“Kata orang-orang, pohon di hadapan sana itu sebenanrnya tempat semadinya seorang wanita keturunan jawa yang mengamalkan ilmu sihir. Namanya Nyiang Agiela. Pohon itu diikat kain kuning kerna takut makhluk belaan Nyiang terlepas.”
*************************************************************

5 tahun lalu…
“Beras beratah beras berandam
Kupeluk tubuh kupeluk nyowo
Nyowo mu ku lepas.
Jasadmu ku ratah
Biar jagaanku binasakan kamu”
Lantang bunyi bacaan mantera itu kedengaran. Sesekali asap kemenyan melambung tinggi. Dua orang gadis kota kelihatan duduk bersila di hadapan dukun tersebut. Mereka hanya menyaksikan upacara perasap kemenyan itu dijalankan. Namun hakikatnya mereka takut melihat wanita itu melakukan upacara tersebut.
Matanya wanita yang galak itu memandang kerah dua gadis tadi. “Aku mahukan korban. Seandainya upacara ini berjaya, kalian harus berikan aku korban.” Ucap wanita itu tegas. Kedua gadis tadi terus tergumam dan ketakutan.
“Nyi mau korban gi mana nyi? Mau ayam atau kambing?” Soal salah seorang dari mereka. Wanita yang dikenali sebagai Nyiang Agiela itu terus ketawa berdekah-dekah. “Apa kau piker belaan ku anak kecil?” tempik Nyiang Agiela. Kedua gadis itu berundur kebelakang kerana ketakutan. “Terus apa yang Nyiang mahukan?” soal salah seorang sambil terketar ketar.
“Aku mahu kalian hidangkan aku dengan darah gadis sunti. Tepat jam 12 ini, musuh kalian akan mati kerna aku telah menyihirnya. Jadi aku mahu kalian bawakan aku satu mangkok darah gadis sunti kepada aku tepat jam 12 malam esok. Jika kamu kalian gagal, satu per satu dari kalian akan dijadikan korban.” Jelas Nyiang Angiela sambil ketawa deras.
Kedua gadis itu berpandangan antara satu sama lain. “Nyi kok gitu, di mana mau mencari gadis sunti mau dikorbanin lagi. Nyi kagak bisa yang lain?” rayu salah seorang dari mereka. “Kamu sudah buat perjanjian sama aku, dan kamu jangan sesekali membantah. Jika kamu enggak bisa menuruti semua keinginanku, kamu bakal dijadikan korban!” tempik Nyiang Agiela. Wajahnya berubah bengis. Kedua gadis itu terpaksa akur. Mereka terus keluar dari rumah itu dan memandu kereta dengan sangat laju.
“Kita lagi ngapain Tutti? Kok bisa jadi kayak gini? Ti aku takut.” Seorang dari gadis itu mulai cemas dan membentak.
“Siapa yang mau kayak gini Fin tapi kita udah kelanjuran ketemu sama Nyiang. Yang penting kita udah ngabisin Raffi. Dia itu harus dikasi pelajaran.”
“Iya Ti mau kasi pelajaran. Soalnya kita ini gi mana Ti? Kalo engak bisa beri korban kita bakalan mati Ti. Aku engak mau Ti.” Fiona mulai menangis ketakutan. Tutti hanya tersenyum disebelah sambil tersenyum kearah Fiona.
“Apa kamu punya rencana Ti.”
“Iyah, aku punya kok korbannya.”
“Siapa Ti?”
“Tunggu..”
***************************************************************

            “Keesokannya Tutti dan Fiona pergi ketemu Nyiang, di bawanya semangkok darah. Nah darah itu sebenarnya milik teman serumah mereka. Kemudian kata orang penduduk kampung pada tahu terus Nyiang Agiela akhirnya ditangkap orang rupanya yang dilihat pada orang-orang itu bukan lagi Niang tapi belaannya mereka terus mengurungnya di dalam pohon itu dan diikatkan kain kuning.” Lola menamatkan ceritanya dengan panjang lebarnya.
“What happened to both of that girl?” Soal Amirah berminat dengan cerita Lola.
“Mereka kecelakaan ketabrakan ditengah jalan. Kata orang, roh teman mereka engak aman jadi sewaktu jalan pulang roh itu menganggu sehingga pemanduan mereka engak bisa dikawal terus mobilnya berpusing-pusing di jalan sebelum meletup. Engak lojik sebuah mobil bisa kecelakaan sendirian kerana jalan itu sepi ngak ada kenderaan lain ketika kecelakaan itu berlaku.” Jelas lola lagi.
Amirah terdiam. Matanya memandang ke arah kamar nombor 3 itu. Kini kamar itu menjadi persoalan. Mengapa kamar itu tidak dibenarkan dibuka. Lola memerhati Amirah yang sedari tadi berminat dengan kamar itu. “ Rumah ini udah lebih 100 tahun, jadi ada aja rahasianya kak. Jangan bikin pusing. Biarkan aja.” Lola mula kebimbangan. Amirah kini seakan berminat dengan setiap misteri yang ada di situ. Tidak lama kemudian Amirah turun ke kamarnya.
Malam itu Amirah tidak dapat melelapkan matanya. Jam menunjukkan pukul 11.30 minit malam. Terasa panjang masa berada  di bumi asing itu. Amirah bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air. Dia membasuh mukanya. Setelah selesai membasuh muka Amirah kembali ke meja belajarnya. Di bukanya komputer riba yang terletak di atas mejanya.
Baru sahaja Amirah ingin menaip tiba-tiba Amirah terdengar bunyi alat muzik berdenting. Bunyinya seperti Bonang sebuah alat music tradisional jawa tengah. Bunyi itu kedengaran dari arah atas. Amirah berjalan keluar menuju ke tingkat atas. Keliahatan suasana rumah kini sunyi sepi. Semua pintu kamar telah tertutup dan lampu-lampu mereka juga telah dipadamkan. Ternyata semua penghuninya sudah hanyut dibuai mimpi.
Amirah berjalan perlahan, semakin lama semakin kedengaran bunyi alunan Bonang tersebut. Berdenting denting bunyinya. Setelah tiba di pintu kamar 3 di lantai 3 itu Amirah memegang tombol pintu itu. “Teruskan….” Satu suara misteri seakan berbisik kepada Amirah. Amirah seakan terpukau mendengarnya. Tanpa membuang masa Amirah membuka pintu kamar itu. Satu hembusan angin kencang menyapa Amirah. Amirah melangkah masuk ke dalam kamar tersebut dan pintu kamar tersebut tertutup rapat.
***************************************************************
Pagi itu semua penghuni rumah tersebut gempar apabila mendapati Amirah sudah hilang dari kamarnya. Mereka mencari Amirah tetapi tidak berjumpa. Sedang semua orang leka mencari Amirah Mirindah terdengar bunyi alunan Bonang dari arah atas. Matanya terus memerhati kamar nombor 3 tersebut. “Aku tahu di mana dia!” tiba-tiba Mirindah bertempik. Dia terus berlari ke tingkat tiga dan setibanya di hadapan pintu kamar tersebut Mirindah cuba untuk membuka pintu tersebut namun ternyata pintu itu berkunci.
“ Mir Ya udah. Engak mungkin Mirah Di dalam itu Mir.” Jerit Siti kepada Mirindah.
“Aku yakin dia di dalam ini, syaitan itu yang membawanya ke sini.” Mirindah semakin berang. Lola dan yang lainnya mulai ketakutan melihatkan reaksi Mirindah yang seakan marah. Lola kemudiannya berlari keluar menuju kerumah Mbah siti untuk meminta bantuan.
            Mirindah masih cuba untuk membuka pintu tersebut. Dengan sedaya upaya dia cubamembukanya. Teman- temannya yang lain juga kini sudah menolongnya. Tidak lama kemudian Lola tiba bersama mbah Ayu dan seorang kiai.
“Cukup Mir, biar pak Kiai aja yang menyelesaikannya.” Jerit Lola kepada Mirindah. Mbah Ayu kemudiannya meminta mereka semua untuk tunggu di bawah. Mereka akur dengan suruhan Mbah Ayu.
“Pak, aku udah engak senang lagi. Biar dihapuskan aja pak.” Ujar Mbah Ayu kepada Pak kiai.
“Apa benar omongan kamu? Itukan punya kakak mu?” soal pak kiai.
“Pak, aku engak betah lagi bersaudara sama syaitan. Aku ngak mau dimurkai Allah pak. Dimusnahkan aja pak. Agar keturunanku engak ada yang susah dikemudian hari.”
“Syukurlah kamu udah sedar Ayu. Baiklah biar aku ngurusin semuanya.”
            Pak kiai menadah tangan sambil mulutnya terkumat kamit membaca potongan potongan ayat suci Al-aquran. Kemudian dengan lantang Pak kiai membaca surah Ala-fatihah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam
Maha pemurah lagi Maha penyayang
Yang mengusai di hari pembalasan
Hanya engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami meminta pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan  bukan pula jalan mereka yang sesat.
(surah Al-Fatihah, ayat 1-7)
Setelah selesai membaca surah Al-Fatihah pintu kamar tersebut terbuka, tidak semena-mena angin kencang mulai berpusaran di dalam bilik tersebut. Kelihatan Amirah yang semakin lemah sedang bermain alat musik tersebut. Pak kiai mendekati Amirah lalu terus menyapu muka Amirah dengan air yasin sambil berselawat. Angin kencang semakin berpusar. Mbah Ayu yang sedari tadi mengekori pak kiai terus memangku Amirah yang sangat lemah.
“Ayu, bawa anak ini keluar dari sini, tempat ini enggak aman. Biar aku aja ngurusin syaitan yang dilaknat ini.” Mbah Ay uterus membawa Amirah yang separa sedar itu keluar dari kamar tersebut, teman-teman yang berada di bawah terus mendapatkan Mbah Ayu yang tidak terlalu kuat memapah Amirah. Mereka semua membantu Amirah turun ke bawah.
“Aku sudah bilang. Ini semua angkara syaitan itu!!!!” tiba-tiba Mirindah bertempik. Dia menjadi hilang kawalan dan mahu naik ke atas namun pantas di haling oleh Lola.
“ Jangan ikut campur Mir. Biar pak kiai yang ngurusin semuanya.”
“Kamu ngak ngerti Lola. Kamu ngak ngerti.” Mirindah terus menangis.
“Kenapa Mir?” mereka semua menanti cerita dari Mirindah.
            ******************************************************************
5 Tahun lalu.
            Mirindah menyanyi girang. Hari ini hari ulang tahun kelahiran dia dan saudara kembarnya. Dia sudah pun membeli kek dan hadiah istimewa buat adik kembarnya. Mereka hanya dua bersaudara. Mereka kehilangan ibu bapa sejak kecil lagi. Kata orang ibu bapa mereka meninggal dalam penerbangan ketika pulang dari mengerjakan umrah. Sejak itu mereka berdua tinggal dengan nenek mereka. Namun selepas kehilangan nenek mereka mereka hanya menguruskan diri mereka sendiri.
            Dalam kegirangan itu, Mirindah merasa tidak tenang. Jantungnya berdebar dan nafasnya tidak setara. Dia merasakan ada sesuatu yang buruk terjadi kepada kembarnya. Namun diacuba positifkan diri. Dia terus berjalan pulang sambil memegang kotak kek yang telah dibelinya di kedai kek ketika mahu pulang dari kuliah tadi. Suasana sudah semakin gelap. Jam menunjukkan jam 5.40 minit petang.
             Mirindah melalui kawasan masjid. Dan kebetulan ketika itu azan maghrib berkumandang. Mirindah berhenti untuk menunaikan solat. Lama dia berdoa semoga Allah menjauhkan perkara yang tidak baik kepada dirinya dan adik kembarnya. Dia sempat menitiskan air mata. Dia sendiri tidak tahu mengapa petang itu sungguh mengharukan. Hampir 30 minit dia berteleku dia terus mempersiapkan diri untuk terus pulang ke rumah.
            Semasa dia menghampiri kawasan perumahnnya di terlihat dua orang teman serumahnya dalam keadaan yang mencurigakan. Mereka tergopoh gapah keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta. Mirindah sempat melihat salah seorang dari mereka memakai sarung tangan hitam. Hatinya mulai gusar.
            Sebaik sahaja kereta mereka keluar dari perkarangan rumah, Mirindah terus menerpa ke dalam rumah. Alangkah terkejutnya dia mendapati Adik kembarnya terbujur kaku dengan kesan kelar dilihernya. Mirindah mati akal, dia terus meraung dan menjerit. Hatinya seakan disiat. Dia tahu semua itu angkara mereka berdua sebentar tadi.
Mirindah terus melaporkan kejadian tersebut kepada polis. Namun sekitar jam 1 pagi kemudian kemalangan Tutti dan Fiona dilaporkan. Dan kemalangan dilaporkan berlaku dengan begitu aneh. Dari rakaman cctv kemalangan itu memperlihatkan kereta yang di pandu oleh Tutti tiba-tiba sahaja hilang kawalan dan berguling-guling sebelum meletup di jalan yang sunyi sepi tersebut.
****************************************************************
“Aku kemari untuk membinasakan syaitan itu, kerana permintaan syaitan itu menyebabkan adikku terkorban.”
“Gimana kamu bisa tahu tentang ini?”
“sehari selepas pemergian mereka semua, aku menemukan alamat rumah ini dan aku juga turut menemukan gambar Raffi. Aku tahu mereka semua pada ngak suka sama Raffi kerana Raffi itu orangnya sok Alim terus. Jadi mereka telah merencanakan untuk mencelakakan Raffi. Tapi ternyata adikku juga menjadi korban.” Mirindah menceritakan segalanya dan tujuannya juga untuk membinasakan makhluk jahat yang telah menyebabkan adiknya menjadi korban. Kerana itu juga dia sering memarahi Amirah kerana dia tidak Mahu Amirah turut menjadi korban.
Mbah Ayu terus menangis mendengar penjelasan dari Mirindah. Dia memeluk Mirindah dan meminta maaf atas apa yang berlaku kepada diri Mirindah.
“Mbah minta maaf nak. Semua ini atas kependekkan akal Nyiang Agiela. Dia terlalu taksub dengan kekuasaan untuk mencelakakan orang hingga dia lupa siapa Tuhannya. Rumah ini telah dibina lebih 100 tahun yang lalu. Sebelum ini rumah ini engak angker seperti ini, namun sejak Nyiang mengamalkan ilmu santet sejak 20 tahun yang lalu engak ada seorang pun yang betah lagi tinggal di sini. Semua saudara mara pada pergi meninggalkan rumah ini. hinggalah Iyang pergi Mbah mengambil posisi untuk menjaga rumah ini. jadi Mbah jadikannya kosan.” Giliran Mbah pula menernagkan dengan panjang lebarnya.
*******************************************************
Di dalam kamar tersebut pak kiai sedang bertungkus lumus menghapuskan syaitan yang dilaknat tersebut.
“Wahai syaitan yang dilaknat Allah. Aku meminta kau untuk pergi dari sini, dan jangan sesekali kau menganggu keturunan kami jika tidak akan ku musnahkan kau.” Kedengaran pak kiai bertempik sambil mulutnya terkumat kamit. Angin kencang masih tetap berpusar di dalam kamar tersebut. Tidak lama kemudian satu lembaga berupa manusia berdiri di hadapan pak kiai. Dengan matanya mencerlung memandang kea rah pak kiai.
“Kau tidak layak untuk mengusir aku. Aku berkuasa di sini aku berkuasa ke atas segala -galanya.” Dengan angkuh lembaga itu bersuara. Pak kiai terus membaca potongan ayat suci Al-Quran. Lembaga itu menjerit kepanasan.
“Tidak ada yang lebih berkuasa selain Allah!” Tempik pak kiai.
Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang
Allah, tidak ada tuhan(yang berhak disembah)Melainkan Dia yang hidup kekal
Lagi terus menerus mengurus (Makhluk-Nya)Tidak mengantuk dan tidak tidur.
KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa-at di sisi Allah tanpa IzinNya
Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka
Dan dibelakang mereka
Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah
Melainkan apa yang dikehendakiNya
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya
Dan Allah Maha tinggi lagi Maha besar.
(Ayatul Qursi)
Selesai sahaja pak kiai membaca ayatul qursi kedengaran bunyikan raungan lembaga tersebut kesakitan. Pak kiai menyibah lembaga tersebut dengan air yassin yang dibawanya. Tidak semena mena pohon besar diluar rumah itu juga turut terbakar dan pohon itu tumbang.
“Syukurlah, semuanya udah selamat. Gini aja Ayu sebaiknya kamu ngumpulin orang-orang kampung dan kamu adakan bacaan yasin sekalian adakan tahlil buat Arwah kakak kamu.”
“Iya Pak. Entar saya minta orang-orang pada nolongin saya. Anak-anak ini juga ada nolongin saya.
“Bagus kalo begitu, aku pada ke masjid dulu, udah mau zohor nih. Nanti biar aku aja beritahu sama kepala desa mengenai majlis mala mini. Kamu siapin aja yang lainnya.”
“Baik pak.” Mbah Ayu dan anak-anak lain mulai sibuk menguruskan majlis bacaan yasin dan tahlil yang disarankan oleh pak kiai. Amirah pula dibiarkan berehat di dalam kamarnya. Kini baru Amirah sedar. Tidak semestinya akal logik itu bisa mencapai kekuasaan Allah. Dia yang menciptakan semesta Alam ini dan Dia lebih tahu apa yang ada yang telah Dia ciptakan.
Sebagai hambanya kita haruslah akur dengan perintahnya. Jangan sesekali kita menduakanNya dengan syaitan yang dilaknati Allah, kerana buruk padahnya.
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang
Katakanlah Dia lah Allah Yang Maha Esa
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya
(surah Al-Ikhlas, Ayat 1-4)

Tamat