Dengan Nama Alah Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada
Kekuasaannya atas orang-orang
Yang beriman dan bertawakal
Kepada tuhannya.
Sesunguhnya kekuasaannya(syaitan)
Hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin
Dan atas orang-orang yang mempersekutukannya
Dengan ALLAH
(Surah An-Nahl, Ayat 99&100)
*****************************************************************
Kelihatan
dari jauh sebuah kereta Honda Civic memasuki perkarangan rumah agam yang telah
dibina hampir 80 tahun, namun rumah itu masih kelihatan berdiri megah dan
halamannya dihiasi bunga-bungaan yang segar dan indah pemandangannya. Dihadapan
rumah agam yang dibina berkonsepkan senibina Jawa itu berdiri seorang wanita
muda yang mengenakan sepasang kebaya nyonya bewarna hijau pucuk pisang.
Rambutnya disanggul rapi an disisipkan sekuntum bunga mawar yang mekar. Dari
jauh dia sudah tersenyum kepada satu keluarga kecil yang baru sahaja keluar
dari perut kereta Honda tersebut.
“Selamat
datang bapak, ibu, neng. Semuanya telah saya beresin di dalam.” Dia terus
menyapa dengan ramah serta memberi senyuman manis. Matanya melirik kearah
Mohamad Zakuan iaitu pemilik baru rumah agam tersebut.
Rumah
itu sebenarnya milik keluarga Mohamad Zakuan, namun setelah pemergian ibunya 10
tahun yang lepas, Zakuan tidak lagi menjengah rumah tersebut melainkan memberi
kepercayaan sepenuhnya kepada Suraya, pembantu rumah tersebut untuk menjaganya
sehingga dia terbuka hati untuk pulang tinggal di situ. Rumah itu jauh dari
orang, terletak di hujung kampung dan sangat tersorok malah ianya merupakan
rumah yang paling besar dalam kampung tersebut.
Rumah
tersebut di bina oleh moyang Mohamad Zakuan sebelum merdeka lagi. Keluarganya
merupakan keluarga bangsawan dari tanah seberang yang berhijrah ke Tanah melayu
sewaktu perang dahulu kira-kira 80 tahun yang lepas. Oleh sebab itu seni bina
rumah itu tampak ketara seakan senibina Jawa dan Melayu.
**************************************************************
Zakuan,
Isteri dan anak perempuannya terus melangkah masuk ke dalam rumah, sementara
Suaraya dan Pak Akob, tukang kebun rumah tersebut, sibuk mengangkat beg-beg
milik keluarga tersebut.
‘Maya………..’
satu bisikan halus menerjah gegendang telinga Maya, satu-satunya anak perempuan
Zakuan dan Sophea sebaik sahaja dia melangkahkan kaki ke dalam rumah tersebut.
Maya tersentak dan tiba-tiba satu angina lintang menerjah menampar wajahnya.
Dia terus terhenti di muka pintu.
“Mama,
papa.. I feel something different.” Maya terus bersuara memberitahu ibu dan
ayahnya mengenai hal berkenaan.
“Maya,
what is different sayang? Dah 7 kali kita pindah rumah, cukuplah mama dah
penat.” Sophea bersuara lemah, dia seakan lelah melayan karenah anaknya itu.
Maya
di sahkan menghidap paranoid disorder.
Dia sentiasa merasa terancam dan mendakwa dapat melihat roh-roh jahat serta
dapat mendengar suara-suara aneh. Sejak dari itu, mereka telah berpindah
sebanyak 7 kali dan rumah agam ini adalah pilihan terakhir ayahnya kerana dia
sudah buntu untuk melayani karenah anaknya itu.
Zakuan
diam dan terus melangkah masuk meninjau keadaan dalam rumah tersebut. Biarpun
telah ditinggalkan hampir 10 tahun, namun semuanya masih dalam keadaan
rapi. Susun atur perabot tersebut masih
terletak ditempat asalnya. Satu kelebihan rumah itu, ianya tidak pernah merasa
panas seperti rumah-rumah yang lain biarpun pada musim panas. Sejak dari dahulu
lagi rumah itu tidak pernah tersedia kipas kerana suasananya cukup dingin.
“Maya
ini bilik kamu.” Zakuan terus membuka pintu sebuah bilik yang terletak ditengah
antara ruang tamu dan dapur. Bilik itu dahulunya milik nenek Zakuan, namun
setelah dia meninggal dunia tiada siapa pun yang menggunakannya lagi. Hanya
sesekali sahaja digunakan ketika sanak saudara datang berkunjung ketika kenduri
kendara. Zakuan merupakan anak tunggal dalam keluarganya, jadi tidak ada
saudara terdekat yang selalu pulang melaikan ketika majlis yang besar atau hari
raya.
Maya
melangkah masuk ke dalam bilik yang diberikan oleh ayahnya itu. Tiba-tiba
jendela yang menghadap pintu bilik itu terbuka dirempuh angina kuat. Maya,
Zakuan dan Sophea terus tersentak dengan kejadian tersebut. Dada maya berombak,
dia berdebar. Dia sudah dapat merasakan yang ada sesuatu yang tidak kena terhadap
rumah tersebut.
“Bapak,
ibu diluar pada mahu hujan, sebaiknya mobilnya di parking ke dalam aja, jangan dibiar dihalaman.” Tiba-tiba Suaraya
masuk dan memberitahu hari sudah mahu hujan. Zakuan hanya mengangguk dan terus
melangkah keluar rumah untuk mengubah keretanya kebawah genting yang telah
disediakan untuk meletakkan kereta.
Setelah
dia keluar dari kereta dia ternampak seorang nenek tua sedang merenung tajam
kearahnya dari luar pagar. Zakuan terus menghampiri nenek tersebut.
“Mak
Embun…” sapa Zakuan. Mak Embun dahulu merupakan penjaga Zakuan ketika dia masih
kecil. Malah Mak Embun juga merupakan peneman ibunya ketika bapanya berada di
luar kota.
“Zakuan,
dia belum bertemu pewarisnya nak, kamu dalam bahaya.” Tutur Mak Embun dalam
keadaan yang sayu memandang Zakuan. Dahi Zakuan berkerut seakan tidak mengerti
apa yang cuba disampaikan oleh Mak Embun. Tiba-tiba Maya datang menghampiri
Zakuan dan memandang Mak Embun dengan wajah kehairanan.
“Sapa
ni papa?” soal Maya inginkan kepastian.
“Ini
Mak Embun, ibu angkat papa, dia yang jaga papa waktu papa kecil.” Zakuan
menjelaskannya kepada Maya. Maya tersenyum lalu menghulurkan tangan menyalami
Mak Embun. Mak Embun menyambut huluran salam itu, namun ianya terkejut di saat
dia menyalami Maya. Mata Mak Embun memandang tepat ke wajah Maya. Maya
tersenyum sinis memandang Mak Embun dan terus melepaskan salamannya dari tangan
Mak Embun. Tanpa sepatah bicara Maya terus berlalu pergi.
Mak
Embun seakan terpana, hatinya mulai tidak senang. “Itu anak Wan, Mak.
Satu-satunya anak yang Wan ada. Mak marilah masuk dulu. Nak hujan ni, lagipun
dah nak malam boleh kita makan malam bersama. Dah lama kita tak makan bersama
boleh sembang banyak lagi. Nanti lepas Isyak Wan hantar mak balik.”
Mak
Embun memandang Zakuan dengan pandangan yang sayu. Riak wajahnya seakan simpati
terhadap nasib Zakuan selepas ini. Namun dia sendiri tidak berdaya hendak
menolong. Namun apa yang pasti, ada satu rahsia yang Zakuan perlu tahu. Namun
bibirnya seakan terkunci untuk menceritakannya.
“Tak
apalah Wan. Mak balik dulu, nanti senang-senang Wan datang rumah mak ya. Banyak
cerita mak nak cerita, dah sepuluh tahun kamu tak balik.” Kata Mak Embun sambil
tersenyum kepada Zakuan. Zakuan hanya mengangguk.
Sebelum
pergi Mak Embun sempat memandang kearah jendela yang berhadapan dengan jalan,
kelihatan Maya sedang merenung tajam ke arah
Mak Embun sambil tersenyum sinis. Satu senyuman yang tak dapat
ditafsirkan ertinya. Lain auranya, sangat berbeza.
‘Astagfirullah Al Azim..’ detik hati Mak
Embun. Dia terus melangkah pergi tanpa menoleh lagi.
*****************************************************************
Azan
maghrib berkumandang, terdengar sayup-sayup dihujung kampung. Zakuan dan
isterinya Sophea bersiap-siap untuk menunaikan solat berjemaah sekaligus
membaca surah Yassin kerana itu merupakan hari pertama mereka masuk kedalam
rumah tersebut. Maya masih leka dengan musiknya sambil bermain telifon
pintarnya di ruang tamu rumah.
“Maya,
sudahlah dengar lagu tu. Dah maghrib pun. Jom solat Jemaah sekali. Lepas ni
boleh baca Yassin sama-sama.” Tegur ibunya Sophea. Sophea hanya menjeling tajam
kearah Sophea sehingga Sophea tersentak. Relingan yang aneh. Namun dia cuba
untuk mengawal diri.
“Cepat
Maya! Mama dengan papa tunggu kamu.” Sophea meninggikan sedikit suaranya.
“Aku
tak nak!!” Tengking Maya kepada ibunya. Sophea terkejut dengan tindakan Maya.
Belum pernah sekalipun anak itu membantah cakapnya apatah lagi meninggikan
suara. Dia sudah merasakan sesuatu yang aneh terhadap Maya sejak petang tadi
lagi. Namun dia masih berdiam diri. Bukan itu sahaja dia juga menemukan tempat
bara dan kemenyan yang berasap di bilik Suraya. Melihatkan keadaan itu Sophea
mengesyaki bahawa Suraya mengamalkan ilmu hitam dan mungkin sahaja Maya adalah
mangsa pertamanya. Namun dia tidak mahu menuduh melulu. Dia perlu cari
kebenarannya dahulu.
Namun
tangapannya semakin kukuh apabila sewaktu dia mengambil wudhuk dia telah
terlihat Suraya membawa seekor ayam kampung yang telah disembelih kearah
belakang rumah dan diletakkan di dalam
sebuah perigi sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.
“Sophea,
jom kita Jemaah. Panggil Maya sekali.” Sophea terus tersentak apabila Zakuan
menyapanya dari belakang.
“Awak
ni kenapa? Nampak pucat je.” Soal Zakuan apabila melihat wajah Sophea yang
kelihatan seakan ketakutan.
“Abang,
saya ada benda nak beritahu abang.” Sophea ingin menyatakan apa yang
dirasakannya, namun dari nada suaranya jelas dia seakan gugup.
“Lepas
solat kita bincang ya. Jom lah solat nanti habis waktu.” Zakuan terus mengajak
Sophea solat sebelum mereka membincangkan tentang apa yang Sophea rasakan.
*****************************************************************
Di
dalam bilik Maya seakan kegelisahan. Duduk, berdiri dan baringnya tidak tentu
arah. Dia merasakan tidak tenteram. Badannya terasa panas dan membahang seakan
disiat-siat. Dia berpusing satu bilik dan membuka tingkap. Angin kuat di luar
menerjah masuk ke dalam bilik namun belum cukup untuk menenteramkan hatinya.
Dia semakin kegelisahan tatkala mendengar alunan bacaan Yassin oleh ayahnya
dari ruang tamu yang berhampiran dengan biliknya. Semakin lama Alunan bacaan
Yassin itu semakin kuat dan saat itulah Maya semakin kegelisahan. Dia mula
menjerit, lama kelamaan jeritannya semakin kuat hingga menyentakkan ibu dan
ayahnya yang sedang membaca Surah Yassin di luar.
“ARGGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!”
Maya bertempik kuat sebelum dirinya jatuh terjelepuk ke atas lantai. Ibu dan
ayahnya yang mendengar tempikan it uterus bingkas bangun dan meluru ke arah
bilik Maya untuk mendapatinya.
“Maya!!
Maya!! Kenapa ni nak?” Sophea terus mencepung Maya ke atas ribanya dan memangku
anaknya yang sudah pun longlai dan basah dengan peluh. Dia menangis
teresak-esak melihatkan keadaan Maya.
Tidak
lama kemudian Suraya datang dengan tangannya dipenuhi darah merah dan wajahnya
seakan sedang menangis.
“Suaraya!
Apa kamu dah buat? Kamu amalkan ilmu hitam? Ingat aku bodoh? Aku tak Nampak apa
yang kamu buat? Aku Nampak kemenyan berasap dalam bilik kamu, aku Nampak kau
sembelih ayam dan bagi Syaitan kau tu makan kan? Aku Nampak semua. Kau nak
jadikan anak aku mangsa Syaitan kau ke?” Sophea terus bertempik. Wajahnya mulai
membengis.
“Sophea!
Apa kamu cakap ni? Abang tak faham.” Zakuan tampak serabut dengan apa yang
sedang berlaku. Dia tidak faham mengenai tuduhan terhadap Suraya.”
“Suaraya
amalkan ilmu hitam abang, Sophea Nampak tadi..” Sophea terus sahaja menangis
teresak-esak sambil memeluk anaknya, Maya. Sementara itu Suraya tertunduk
sambil menangis.
“Suraya!
Kenapa kau menangis? Apa betul apa yang Sophea katakan?” Soal Zakuan inginkan
kepastian. Dia merenung tajam kearah Suraya supaya Suraya menceritakan
segalanya.
“Iya,
tapi bukan punya aku pak, ianya punya Ibu bapak.” Teresak-esak Suraya
menjawabnya. Zakuan terkejut. Masakan ibunya yang kelihatan warak dan tidak
pernah meninggalkan solat itu menyukutukan Allah. Ianya tidak mungkin. Sama
sekali tidak benar.
“Kamu
bohong!” Zakuan meninggikan suara kepada Suraya. Dia tidak percaya apa yang
diperkatakan oleh Suraya.
“Benar
pak aku tidak berbohong. Benda ini milik ibu bapak, aku Cuma penjaga
sementaranya aja sebelum dia ketemu sama pewarisnya yang baru.” Jelas Suraya
terus menangis.
“Siapa
pewarisnya.” Soal Zakuan lagi dalam ton suara yang tinggi.
“Maya
pak. Benda ini diambil untuk menjaga keamanan rumah dan kesejahteraan keluarga
bapak. Saat ibu mahu meninggal dia udah mengamanahkan aku supaya menjaga
belaannya hingga satu-satu warisnya ini menjangkau umur 18 tahun. Selepas
warisnya berusia 18 tahun dengan sendirinya ia akan berpindah tuan. Tapi aku
enggak tega pak melihat Maya yang tidak berdoasa ini memikul bebannya. Terlalu
banyak pantang larang dan upacara yang harus dijalankan jadi aku mahu biar
belaan ini terus bersama aku, aku rela demi keluarga bapak. Tapi belaan ini
tidak mahu pak. Dia tetap mahukan Maya, kerana Maya waris asli tunggalnya. Aku
binggung pak. Aku sendiri kagak bisa nolongi bapak lagi. Selama ini belaan ini
udah lama numpang dan ngekorin Maya sejak usianya mulai menganjak 18 tahun.
Sedari 1 tahun lepas pak.”
Terlopong
mulut Zakuan mendengarnya. ‘Apakah ini maksud Mak Embun petang tadi? Ianya
belum berwaris?’ Zakuan bermonolog di dalam hati.
“Lekas
pak bawa Maya ke rumah Mak Embun sebelum terlambat. Dia udah mula menyerap
masuk dan bersatu dalam tubuh Maya.” Mendengar kata-kata daripada Suraya itu
Zakuan bingkas bangun dan mencepung Maya untuk dibawa keluar dari rumah itu.
Sophea terus menangis. Dia takut dengan apa yang sedang menimpa keluarganya.
Baru
sahaja Zakuan mahu melangkah keluar rumah pintu dan tingkap tertutup dengan
sendirinya dan satu angin kencang berpusar di dalam rumah tersebut. Keadaan
menjadi semakin kacau bilau. Sophea cuba sedaya upaya untuk membuka pintu
sementara Zakuan mengendong Maya untuk di bawa keluar dari rumah tersebut.
Suraya
semakin cemas, dia dapat merasakan bahawa makhluk itu mula menguasai tubuh Maya
dan akan bersatu dalam tubuh Maya. Jika dia lambat Maya akan menjadi milik
makhluk itu. Suraya terus kebiliknya dan terus memperasapkan kemenyan sambil
menyeru makhluk berkenaan dengan mantera khas untuk menyerunya.
***************************************************************
Diruang
tamu, tiga beranak itu masih terperangkap, dan angin masih berpusar laju.
Mereka kelihatan cemas dan buntu. Tidak ada jalan keluar bagi mereka. Lidah
mereka juga menjadi kelu untuk menyebut kalimah-kalimah Allah. Sophea terus
menangis dalam hatinya meminta pertolongan dari Allah. Sementara Maya masih
terkulai layu dipangkuan Zakuan. Zakaun sedaya upaya menolak pintu berkenaan
dengan kuat namun kudratnya tidak terdaya melawan kuasa syaitan yang dilaknat
itu.
“Zakuan!
Berundur! Mak Embun datang dengan Ustaz, biar dia tolong kamu.” Akhirnya dengan
kuasa Allah Mak Embun datang memberikan pertolongan. Pintu direjah oleh Ustaz
Halim dan beberapa orang pembantunya. Mak Embun terus masuk dan mendapatkan
mereka yang sedang ketakutan. Maya dibaringkan ditengah ruang, sementara Ustaz
Halim mula membaca ayat-ayat suci Al-quran. Semakin kuat ayat-ayat suci dialunkan
semakin kencang angin yang berpusar.
“Wahai
syaitan yang dilaknat Allah! Aku perintahkan kau pergi tinggalkan rumah ini,
serta jasad anak muda ini, janganlah kau kembali lagi, tugas mu menjaga mereka
sudah selesai. Pergi kau dari sini dan jangan sesekali engkau pulang hinggalah
hari kiamat. Dengan kalimah La illah Ha
illallah aku usir kau dari sini, ALLAHUAKBAR!!!”
Akhirnya
angin yang berpusar tadi mulai berhenti dan kedengaran suara jeritan Suraya
dari dalam biliknya. Pembantu-pembantu Ustaz Halim pergi mendapati Suraya yang
sudah terbaring kaku. Suraya menjadi mangsa makhluk itu. Makhluk itu telah
membunuhnya kerana dia ingkar dan melanggar perjanjiannya demi menjaga keluarga
Zakuan dan demi keselamatan Maya. Sophea terus menangis apabila mereka membawa
keluar mayat Suraya. Dia merasa bersalah kerana menuduh Suraya namun sebaliknya
Suraya telah menjadi korban demi keluarganya.
“Apa
yang dilakukan Suaraya terhadap kamu memang besar jasanya, tetapi dia tetap
kufur kerana memegang janji dengan Syaitan. Seharusnya dia buang benda ni dari
dulu lagi. Mak dah nasihatkan dia, tapi dia tidak pernah peduli. Mak sendiri
tak pasti kenapa Suraya mahu menjaganya.” Jelas Mak Embun kepada Zakuan dan
keluarganya.
“Kenapa
ibu ambil benda ni mak? Ibu orang yang baik. Ibu juga dikenali orang yang
warak.” Soal Zakuan iginkan jawapan. Mak Embun menghela nafas panjang. Sebelum
menjawab pertanyaan Zakuan.
“Apabila
nafsu dan ketaksuban seseorang melebihi keprcayaannya terhadap Allah, maka
inilah yang terjadi. Dia ambil supaya benda ini menjaga seluruh keturunannya
dan lagi dia takut ayah kamu curang ketika di luar kota. Itulah sebabnya.”
Jelas Mak Embun Lagi.
“Sucikan
kekotoran dalam rumah ini, buang kehitamannya yang ada, salah satu ciri
sesebuah tempat tidak kiralah bilik atau rumah itu dihuni sesuatu yang lain
adalah tempat itu sentiasa berasa dingin kerana ianya telah diselimuti oleh
makhluk ini agar kamu merasa tenang ketika berada di dalamnya. Supaya mudah ia
menguasai kamu.” Jelas Ustaza Halim kepada Zakuan.
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang
Katakanlah Dia
lah Allah Yang Maha Esa
Allah adalah
Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu
Dia tidak
beranak dan tidak pula diperanakkan
Dan tidak ada
seorang pun yang setara denganNya
(surah
Al-Ikhlas, Ayat 1-4)
TAMAT
